Tuesday, May 07, 2013
Analisis Keputusan Pakatan Rakyat PRU Ke 13.
Semangat sikit. Kita bukan kalah. Kita sebenarnya menang. Data menunjukkan bahawa ;
Kedudukan kita di parlimen meningkat. Dari 75 kita mendapat 89 kerusi. Kedudukan PKR dan DAP bertambah baik. Prestasi PAS jatuh dengan kehilangan 7 kerusi parlimen meskipun mereka dapat MERAMPAS 5 kerusi parlimen dari BN.
Pada PRU ke 12 ;
PAS 23
PKR 23
DAP 29
75, awalnya 81 dengan wakil lompat.
Pada PRU ke 13 ;
PAS 21
PKR 30
DAP 38
DAP meningkat paling banyak. Dengan 23 kerusi menjadi 38 kerusi. Peningkatan sebanyak 15 kerusi.
PKR 7 kerusi. PAS merosot dengan kehilangan 2 kerusi parlimen.
Ini menjadikan dari segi hujah adalah amat layak ketua pembangkang kita haruslah di pilih dari parti DAP. Bagi sesiapa yang tidak setuju tue mungkin ada pendapat tersendiri. Korang bebas ada penilaian sendiri, jangan risau untuk berbeza. Sejujurnya kalau tanya aku, kerusi ketua pembangkang harus dilantik dari parti DAP kerana mereka la yang memenangi banyak kerusi parlimen pada pru ke 13. Kalau ikut merit, maka DAP la paling layak.
Aku tak kisah jika ketua pembangkang ialah Lim Guan Eng. Bagi aku cukup, kalau dia buat kerja, laksanakan amanah dan itu dah oke. Kalau dia salah aku akan kritik dia macam biasa.
Jika ada yang tidak bersetuju atas alasan agama dan kaum, aku mungkin nak sharekan sikit pendapat peribadi aku. Mungkin korang dah terpengaruh dengan permainan UMNO disini. Siapa kata jika DAP jadi ketua pembangkang, Melayu akan tertindas? Fakta tidak menyokong kenyataan itu. Aku tidak setuju jika ditakut2kan seperti ini. At least nak menuduh sesuatu pun biarlah benda itu dah pun berlaku. Dan jika benda tue dah berlaku, bangun bangkit dan melawan. Kenapa ko duduk saja dan biarkan diri ko ditindas. Bodoh ke kau?
Dari segi pecahan kerusi DUN, PAS sebenarnya mencapai kemajuan. Bahkan PAS, DAP dan PKR mencapai kemajuan.
PAS ada 85 kerusi.
DAP ada 95 kerusi.
PKR ada 49 kerusi.
Berbanding pada tahun 2008 ;
PAS ada 83 kerusi.
DAP ada 80 kerusi, termasuk wakil lompat.
PKR ada 41 kerusi, juga termasuk wakil lompat.
Kita berada di landasan yang betul. Cuma kali neh, untuk 5 tahun yang akan datang ini, kita kena kecikkan sedikit skop kita, pergi ke target yang betul, iaitu UNDI ORANG MELAYU.
229 kerusi DUN ataupun 230. Data dalam link SPR dan MKINI berbeza. Aku tak sure siapa betul tapi tak kisah la perbezaan satu kerusi tue sebab nak bagitau bahawa PR sedang berada di landasan yang betul kerana kita bertambah kerusi di beberapa negeri yang sukar kita tembusi. Kat sini kita hilang kerusi di Kedah dan Kelantan yang membabitkan prestasi PAS secara peribadi di negeri itu sendiri.
Rujuk sini.
PAS mula mengukir nama di Melaka bila berjaya menempatkan diri di Melaka. PAS juga bertambah kerusi di Selangor. PAS juga melebarkan sayap di Johor dan Terengganu. Ini bermaksud PAS meningkat di sesetengah negeri sementara di sesetengah negeri, PAS merosot walaupun kerusi DUN yang dimiliki oleh PAS bertambah pada kali ini.
Prestasi PKR dan DAP meningkat.
Sekarang kita tengok betul2, apa yang membuatkan kita kalah di Kedah dan apa yang membuatkan PAS kalah 7 kerusi parlimen. Tak lupa juga kenapa 6 kerusi adun kelantan berpindah dari PAS ke BN. Apa yang tak kena disini?
Jika PAS tidak kalah 7 kerusi parlimen tersebut, PAS sebenarnya telah pun meraih PENCAPAIAN terbaik mereka dalam PRU ini.
Pendang
Sik
Baling
Titiwangsa
Kuala Selangor
Padang Terap
Jerai
Ini bukan kerusi yang diwakili oleh calon yang biasa2. Bayangkan Dr.Dzul yang berkaliber itu kalah. Bayangkan kerusi Titiwangsa pun kita kalah. Pendang, Baling pun kalah. Kempen2 UMNO dah berjaya mengubah persepsi dan minda pengundi melayu di sini sebenarnya.
Mungkin tidak terpakai untuk parlimen Titiwangsa dan Kuala Selangor kerana rekod menyatakan bahawa PAS sebenarnya kuat di kawasan ini.
Manakala di negeri Kedah pula secara peribadinya PAS kena cermin diri. PAS tidak bersedia menerima kritikan. PAS juga tidak bersungguh menentang fitnah yang giat disebarkan. Antara fitnah yang sampai ke ceruk2 kampung ialah PAS terlibat dengan agenda syiah, Mat Sabu berzina, PAS mencuri duit tabung, PAS diperkudakan oleh DAP. Ini perkara2 yang digunakan untuk menakut2kan orang melayu.
Manakala benda2 yang membabitkan orang2 bukan melayu ialah bilamana DAP negeri sendiri tidak bersedia turun padang dan berkempen bagi pihak PAS negeri. Mereka sendiri seolah2 memberikan kemenangan mudah kepada BN untuk merampas kembali Kedah. Tiada kerjasama antara parti komponen. Ini antara kelemahan2 yang berlaku di Kedah. PAS PKR dan DAP sendiri sama2 memainkan peranan kenapa Kedah gagal dipertahankan dengan PAS ialah punca kegagalan utama.
Dengan mengambilkira kegagalan dan jadikan ia pengajaran yang berguna untuk PRU ke 14, cuba la belajar untuk ubah diri. Antara sikap PAS yang tidak disukai, TIDAK DISUKAI oleh aku, secara peribadi ialah menjenamakan diri sendiri sebagai MANUSIA paling ALIM.
Aku faham apa yang PAS ingin perjuangkan. Tetapi sayang ada segilintir orang2 dalam PAS mempunyai sikap secara berlebihan dalam meletakkan hukuman.
Blablanla.. ko kafir.
Blablablanala ko murtad.
Blablablabla ko sesat.
Blalbalbalbla ko masuk neraka.
Hello. Ini apa?
Sebenarnya sikap ini tidak di bawa oleh pemimpin2 PAS. Tetapi penyokong2 mereka yang bawa sikap ini. Penyokong berhujah dengan penyokong, pemimpin berhujah dengan pemimpin. Cuba tengok di media tv siapa yang disesatkan? Pemimpin2 PAS. Tetapi di media internet, penyokong2 PAS menyesatkan orang2 UMNO.
Mereka berhujah tetapi pembawakan itu salah. Mereka nak menang, bukan nak tarik kawan2 sokong PAS. Sepatutnya mereka tiru pembawakan pemimpin2 mereka. Zahirkan hujah. Banyak kali pemimpin2 PAS bagi nasihat, zahirkan hujah.
Walaupun ada yang berbeza pendapat dengan pemimpin2 PAS sekalipun jangan lebih sudu dari kuah. Pemimpin2 PAS tak mengamok bila orang minta penjelasan lanjut tetapi penyokong2 lebih sudu dari kuah.
JANGAN JAWAB BAGI PIHAK PIMPINAN KO SEHINGGA MEREKA SENDIRI TERLEBIH DAHULU MENDAPATKAN KRITIKAN TERSEBUT.
Lagi satu keluarkan diri dari kelompok hanya mendekati orang2 yang alim je. Hello. Dakwah bukan bermaksud cari orang2 alim dan tarbiah. Dakwah bukan bermaksud sesama agama dan sesama kaum. Dakwah bukan bermaksud masjid, baca buku2 agama dan pakai serban.
Ada sesetengah pemimpin2 PAS sangat bagus jalankan aktiviti kemasyarakatan dan sesetengah yang lain pula tidak bagus. Ada sesetengah sikap penyokong PAS sangat bagus mendekati semua kelompok, sesetengah yang lain pula tidak.
PR juga gagal dalam kesemua kerusi pertindihan yang mereka tandingi. Ada di antaranya kalah sia2. Antara nya di Penang, Labuan dan Terengganu. Begitu juga di Kota Damansara dan Semenyih.
Kita kena follow trend sokongan. FAKTA. Nak tengok mana? Tengok jumlah pengundi yang pangkah calon. Macam di Sungai Acheh, Chegu Bard mendapat sokongan. Jadi meletakkan Chegu Bard disitu tindakan yang betul
Nampak?
Undi rosak sampai 217. Agaknya ada yang pangkah kedua2 tak pun mereka sengaja rosakkan kertas undi sebab bengang punya pasal.
217 + 690 = 907. PR boleh menang disini.
Bahkan jika PAS + PKR bersatu disini mungkin mereka dah boleh kalahkan calon BN. Kat sini percaturan PR letakkan Chegu Bard itu betul berdasarkan trend pengundi yang pangkah calon.
Begitu juga di Terengganu. Percaturan meletakkan calon2 PAS itu betul sebab PAS memang kuat di sana. PKR tak patut menyibukkan diri. Tengok trend pengundi. Siapa mereka pangkah. Maka itulah yang sepatutnya diletakkan sebagai parti yang patut bertanding. Yang memalukan kekalahan di Kota Damansara. PAS degil.
KEBODOHAN PAKATAN RAKYAT.
Ada yang menghalalkan tindakan di atas. Orang PAS biasalah. Tengok trend pengundi. Kenapa ramai pilih Dr.Nasir? Jika PAS tak mengacau dah lama kita menang kat sini.
Apa? Akidah? Oke. Pergi buktikan atas kertas, ikut saluran undang2.
JANGAN TIRU PERANGAI BODOH UMNO. SESATKAN ORANG NO 1. Kalau rasa dia SESAT pergi mengadu kat jabatan agama untuk di ambil tindakan. Jangan cakap macam good2 je nak selidik akidah orang walhal bukti satu hapa takde. Kalau ada apa2 yang tak kena dengan dia, GUNAKAN UNDANG2 untuk HUKUM, bukan gunakan PENTAS untuk sebarkan fitnah. TONGONG.
Aku memang tak amek port tuduhan2 atau benda2 mengarut dari orang yang PERASAN ALIM bajet AKIDAH dia PALING suci no 1 neh. 99% hujah2 dari orang2 macam neh aku campak ke longkang. Siyes.
Kenal tidak, kawan pun bukan, jauh sekali bersahabat. Tengok dari jauh je dah boleh suka2 telek akidah orang. Dah sebijik macam pemimpin umno dah aku tengok. Belum apa2 dah sesatkan orang.
Begitu juga di Dun Semenyih. Trend pengundi memangkah PKR. Bukan PSM. Kena ikut trend pengundian tak kira apa jua alasan ko sekalipun. Benda atas kertas zahirkan apa yang pengundi nak dan apa yang pengundi nak adalah lebih penting dari apa yang ko nak.
Rujuk link neh untuk maklumat lengkap mengenai trend pengundi.
Antara yang mungkin menyebabkan pengundi tidak memangkah PR bila dilihat PR berbalah isu kerusi. Ini boleh menjadi faktor sampingan. Isu penyelesaian kerusi patut diselesaikan sebelum tempoh pembubaran parlimen. Bagi mengelakkan masalah berbangkit kelak, PR harus selesaikan isu neh dari sekarang. Focus pada tempat yang kalah. Tempat yang menang, letakkan je calon yang sedia ada, kalau masih mampu dan hidup.
Tempat yang kalah pula lantik calon2 yang ingin menjadi wakil disitu, biar mereka berkhidmat dari sekarang. Alasan ko kalah disitu bukan bermaksud ko tak boleh bantu rakyat. Jangan bagi alasan BULLSHIT la weh. Muka ko setakat nak tunjuk time PRU je ke? Pergi mati la.
Namun beban kesalahan harus diletakkan atas bahu orang yang keluarkan surat watikah ini. Tidak boleh dibiarkan lepas. Deposit hangus. Wah. Duit tue ko bantu orang susah lagi ada faedahnya. Siapa yang keluarkan surat watikah dari PAS dan PKR? Orang itu harus bertanggungjawab sepenuhnya.
Sekuat mana pun keinginan wakil2 dari PKR dan PAS ingin bertanding, tanpa surat watikah mana boleh masuk bertanding guna label parti. Jadi bertanggungjawabla bila dah menjadi punca kekalahan kepada parti dalam beberapa kerusi. Ini pendapat peribadi aku dari luar. Kalau orang dalam parti sendiri tak kesah apa la nak dikatakan lagi.
Lagi satu kekalahan PR di kawasan2 yang sebenarnya kita yakin kita menang. Contohnya di Kuala Selangor, bentong. Di lembah pantai sampai kontroversi. TV siap umumkan Nurul Izzah kalah. Then tiba2 Bentong kawasan yang PR menang menjadi BN plak menang. So benda2 gini kita percaya wujudnya unsur2 penipuan yang jelas. Ia telah pun dihuraikan secara lanjut bagaimana kita sepatutnya bertindak melawan untuk mengatasi penipuan2 ini disini.
Ada sesetengah tempat yang terbukti kita sepatutnya menang tapi tak menang atas alasan2 bodoh seperti tiba2 ada blackout, kita patut lawan habis habisan pertahankan hak kita.
Kesimpulan prestasi Pakatan Rakyat semakin baik. Cuma trend pengundi melayu merosot. Kita sudah ada golongan sasaran yang jelas. Jadi untuk 5 tahun yang mendatang inila sila FOCUS untuk tawan pengundi MELAYU.
Mereka mudah dibeli. Gunakan saja taktik seperti taktik BN. Confident je mereka akan menyokong PR. Aku percaya. Kebanyakkan melayu memang murah harganya.
Adakah kata2 ini agak kasar? Ini la pendapat rakan aku.
Bagi aku, mungkin benar dan mungkin juga tidak benar. Tetapi aku lebih suka kita mendidik BANGSA MELAYU agar tidak membiarkan diri dari terus ditipu. Juga mengajar mereka bagaimana sepatutnya kita sebagai rakyat bertindakbalas terhadap kerajaan. Orang kata, jual mahal. Berani untuk mengambil risiko. Biar la PEMBANGKANG dan KERAJAAN merayu2 undi dari kita. Kejap kita pangkah PR, kejap kita pangkah BN. Cuak mereka. Baru la beria2 buat kerja dengan betul.
Menafikan hak majoriti 2/3 BN sudah membuktikan bahawa BN semakin goyang. Menafikan kedudukan BN dari 144 kepada 133 kerusi parlimen membukti juga bahawa BN semakin ditolak. Kita sudah semakin hampir ke matlamat kita.
Apa yang perlu kita buat teruskan benda betul yang kita buat dan buang benda yang tak betul. Dan juga pastikan sasaran kita pengundi melayu kembali bersatu menyokong PAKATAN RAKYAT. Jangan biarkan BN menyerap persepsi BODOH. Asal bersatu mesti kena sokong UMNO. Maksud bersatu yang betul ialah MELAYU kena bersama2 bersatu dan PANGKAH pakatan rakyat.
Ia bukan salah DAP, PAS dan PKR bila pengundi melayu berpecah2. Ia juga bukan salah PAS, PKR dan DAP bila pengundi cina memilih untuk konsisten memangkah PR. Ia cuma menunjukkan bahawa pengundi2 MELAYu begitu mudah termakan dengan kempen2 yang disifatkan oleh aku sebagai TIDAK ILMIAH.
Sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
DAP sendiri dah setuju jawatan Ketua Pembangkang diberikan kepada Anwar kenapa nak pertikaikan, blog ni suka buat provokasi. Ibnu Hasyim hang nak Pakatan berpecah ke, hang ni pengikut Hasan Ali Akidah ke. Semalam pasal MB Selangor hari ni Ketua Pembangkang atau hang nak Hadi Awang jadi Ketua Pembangkang atau Salleh Man jadi CM Pulau Pinang. Belum apa-apa dah berebut jawatan macam mana nak menang, sebab tu PAS ditolak orang Melayu
Pakcik2 dan abang2....
Masih ingatkah sejarah pertembungan Golongan Tua dan Golongan Muda semasa peringkat awal pertentangan secara moden anak pribumi Tanah Melayu terhadap penjajahan British?
Adakah kita berusaha meneliti keseluruhan kandungan sejarah tersebut.Perkara ini terjadi walaupun matlamat mereka adalah sama iaitu untuk memerdekan negara.Pihak manakah yang mendapat keuntungan terbesar akibat pertembungan usia ini?
Sedarkah kita ianya telah terjadi kembali terhadap kesatuan kita untuk menghumbankan gerombolan ini.Proses pecah dan perintah ini bertujuan memperlahankan asakan dan tentangan kita dengan menyibukkan kita terhadap perkara yang rendah prioritinya.Matlamat kita bersama adalah untuk menyelamatkan negara ini daripada kerosakan perbuatan gerombolan ini.Memastikan negara diuruskan dengan sistem yang betul dan amanah.Golongan tua pula sibuk setiap masa bercerita tentang kelebihan usia dan pengalaman mereka miliki.Macam perangai pemimpin BN.
Setiap kejadian dan peristiwa yang penting perlu di dokumenkan untuk dijadikan sejarah bagi tatapan generasi mendatang.Tapi paling penting dokumen sejarah tersebut perlu dikaji dan dianalisa untuk dijadikan ilmu pengetahuan.Maka tidak terjadilah peristiwa dua kali di patuk ular di lubang yang sama.
Sehubungan itu,segala kejadian dewasa ini perlulah direkodkan untuk dirungkaikan menjadi ilmu pengetahuan anak bangsa kita hari kemudian.Nyatakan isu utamanya adalah daftar pemilih yang amat meragukan yang sangat hampir kepada penipuan.
Pakcik2 dan abang2 lihatah daftar pemilih dimana satu rumah ada lebih 30 orang penghuni.seolah2 penipu tersebut amat bodoh untuk menipu.Pertindihan alamat juga alamat tidak lengkap ini terpaksa juga dibuat untuk :-
1)Alamat yang terpaksa di nyatakan bagi melengkapkan proses pemindahan kawasan pengundi yang tidak mengikut prosedur yang betul.
2)Alamat bagi pengundi berganda.
3)Alamat bagi pengundi hantu.
Sebenarnya kesan pemindahan pengundi secara terancang dan penipuan ini dan juga kesan daripengundi berganda ini amat besar kesannya terhadap keputusan PRU 13 ini berbanding pengundi hantu.
Janganlah Pakcik2 dan abang2 memperbodohkan diri kita.Bermacam2 lagi kejadian meragukan telah kita lihat tapi adakah kita mudah lupa sebagaimana hinaan MELAYU MUDAH LUPA ITU.
Pakcik2 dan abang2 reaksi pertama kita bila menghadapi situasi seperti ini adalah sepatutnya kita bersama2 tegas menolak keputusan PRU 13 ini.Persoalkan prosedur dan sistem perjalanan PRU 13.Segala alasan kos atau kononnya kesusahan merupakan alasan yang bodoh dan lemah dan tidak senilai dengan hasil usaha mencari keadilan dan ketepatan tersebut.
Pakcik2 dan abang2 lupakah kita tanggungjawap kita terhadap rakyat yang mnengharapkan kamu.Berbagai kesusahan dan kezaliman yang mereka alami akibat kejahatan gerombolan ini.Ramai yang tidak redha terhadap penipuan seterusnya langkah segelintir pemimpin menerima penipuan tersebut walaupun penipuan nyata dilakukan.Akur hanya pada yang benar dan betul.Jadi DAYUS kah anda sebagai pemimpim???????????
bodoh duk agungkan dap. datuk nenek moyang ko dulu berhempas pulak lawan komunis. ini ko sokong pulak DAP. aku bangsa melayu. walau macammana sekalipon. pemimpin kita mesto orang melayu. ko nak agungkan pemimpin dari kalangan org bukan melayu. ko pegi duduk singapore sana. bodoh mcm kayu la. patutlah cina boleh cakap melayu mmg lemah. sbb ni buktinya. jgn jadi bodoh tambah tolol la kawan.
Anon ini May 7, 2013 at 1:17 PM memberi komen perkauman, bagaimana kalau saya buat repot polis?
Nak tarik balik atau tidak kenyataan kamu ini?..
Post a Comment