Sultan Selangor terima surat Azizah
SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sudah
menerima surat yang dihantar Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah
Ismail berhubung calon Menteri Besar Selangor. Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohd Munir Bani.“Ya, sudah,” jawabnya ringkas melalui SMS kepada Sinar Harian, semalam.
Bagaimanapun, beliau tidak mengulas lanjut mengenai isi surat berkenaan. Semalam, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mempersoal surat yang dihantar Wan Azizah kepada Sultan Selangor berhubung calon Menteri Besar itu.
Azmin, yang juga Adun Bukit Antarabangsa berkata surat yang dihantar Wan Azizah berkenaan calon Menteri Besar Selangor kelmarin didakwa dibuat tanpa sebarang perbincangan dan persetujuan bersama oleh semua Adun parti itu.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apakah Azmin mula cari fasal dengan PKR? Ada apa-apa rahsia di sebalik itu?
1 comment:
min lupa sapa....pkr lu bapak punya ka..3 anak pak ali ni asik buat masalah negara ...min lu diam kejap boleh tak...atau belah drp pkr,,,aman la pkr nanti...
Post a Comment