Tuesday, May 14, 2013

Balu Abuya Pengasas Al-Arqam Ditahan. Terbabit Ajaran Sesat?

FotoHATIJAH (tengah) dibawa ke Pejabat JAIS selepas ditahan di KLIA, semalam.

Shah Alam: Balu pengasas al-Arqam Ashaari Muhammad iaitu Hatijah Aam bersama 10 pengikutnya ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk siasatan lanjut selepas dikhuatiri terbabit dalam usaha penyebaran ajaran sesat. Demikian lapor myMetro hari ini.

Hatijah Aam, 52, yang lebih dikenali sebagai Ummu Jah sebelum itu ditahan sejurus mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) di Sepang pada jam 11.40 pagi ketika tiba menerusi dua penerbangan berasingan dari Jeddah.

Pengarah JAIS, Datuk Marzuki Hussin, berkata Ummu Jah ditahan bersama tiga wanita dipercayai pengikutnya sebaik tiba di KLIA dan dibawa ke JAIS kira-kira jam 12.30 tengah hari untuk siasatan lanjut.

“Enam lagi pengikut yang tiba bersama seorang bayi menerusi penerbangan kedua pula ditahan jam 1.30 tengah hari dan dibawa ke JAIS bagi tujuan sama.
“Bayi berusia tujuh bulan ialah kepada anak seorang pengikut ditahan dan dihantar ke Hospital Putrajaya untuk rawatan kerana keadaannya kurang sihat,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam. (IH/myMetro)

No comments:

Post a Comment