▼
Friday, May 03, 2013
B/Artis Lagha, Mampu Jadi Politikus Islam. Sama-samalah Buktikan!
Laporan Harakah tentang Aishah di Parlimen Jempol
Tiba-tiba Jempol boleh dimenangi PAS!
JEMPOL: Kerusi Parlimen Jempol sebelum ini menjadi kubu kuat BN kerana Jempol memiliki bilangan Felda yang banyak antaranya di Dun Palong (Felda Palong) dan Dun Serting (Felda Serting, Raja Alias).
Di bawah Parlimen Jempol, hanya satu kerusi sahaja yang berjaya ditembusi Pakatan Rakyat, dimana DAP menang di Dun Bahau melalui Teo Kok Seong dan kali ini pastinya akan dapat dikekalkan walaupun ditentang oleh Dr Yew Mee Fa (MCA).
Jempol adalah sebuah kawasan Parlimen yang memiliki lebih 50 peratus pengundi Felda, dan hanya satu sahaja Dun di bawah Jempol iaitu Bahau yang meraikan kepelbagaian pengundi.
Bahau dikuasai DAP sejak beberapa pilihan raya lalu.
Namun pada kali ini, selepas penamaan calon pada 20 April lalu, Parlimen Jempol tiba-tiba sahaja menjadi tumpuan selepas menyaksikan penyanyi, Wan Aishah Wan Ariffin (Aishah) dicalonkan PAS untuk menentang bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mailah kita sama-sama buktikan, penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin (Aishah) yang dicalonkan PAS untuk Parlimen Jempol mampu menjadi politikus Islam yang baik. Bantulah dan kempen sama-sama supaya...
UNDI PAS
No comments:
Post a Comment