Thursday, May 23, 2013

Begini, Nasib Pembunuh Jutawan Datuk Sosilawati..

FotoNASIB Pathmanahan (dua dari kiri) dan tiga tertuduh lain ditentukan hari ini.

KEMASKINI
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap bekas peguam N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya atas kesalahan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga rakannya tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan semua bukti dan bahan bukti yang dikemukakan di mahkamah sepanjang perbicaraan yang bermula pada 4 julai 2011.

Katanya sebagaimana dipetik Sinar Harian online, pendakwaan berjaya membuktikan kes berkenaan melangkaui kerugian munasabah manakala pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.

Pathmanabhan, 44; T Thilaiyagan, 22; R Matan, 23 dan R Khatavarayan, 33, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan membunuh Sosilawati, 47; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot Nombor 2001 Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, 30 Ogos 2010.

Pada 12 Sept 2010 polis mengesahkan jutawan kosmetik itudan tiga orang lagi mati dibunuh dan kesemua mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang di sebuah sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat, Banting.

Tiga lagi ialah pemandu Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos semasa berada di Banting untuk urusan pembelian tanah. (hRKH)
 














Gambar: Mursyidul Am PAS TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat disambut bekas suami Sosilawati, Bukhairi Mohamed (kiri) ketika menziarahi keluarga Sosilawati di Taman Harmonis, Gombak tiga tahun lalu

Shah Alam: Bebas atau gantung sampai mati? Nasib bekas peguam, N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya T Thilaiyalagan, R Matan serta R Kathavarayan yang didakwa membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga lagi akan diputuskan Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Hakim Datuk Akhtar Tahir akan membuat keputusan pada akhir kes pembelaan itu selepas selesai mendengar hujahan pihak pembelaan selama tiga hari pada 14, 15 dan 21 Mac lalu.
Perbicaraan kes bunuh yang menggemparkan negara itu bermula pada 4 Julai 2011 berjalan selama 113 hari.

Seramai 108 saksi pendakwaan dan 30 saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan yang meliputi tempoh dua tahun. Selain itu, 742 bahan bukti dikemukakan selain 6, 000 nota prosiding dikemukakan kepada mahkamah.

Mengikut pertuduhan, Pathmanabhan, 44, Thilaiyalagan, 22, Matan, 23, dan Kathavarayan, 33, didakwa membunuh Sosilawati, 47, pemandunya Kamaruddin Shamsuddin, 44, peguam Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohamad, 38. (myMetro)

Lihat kisah terperinci sebelmnya..
E-Buku IH-1: 'Misteri Hilangnya Jutawan Datuk Sosilawati'
E-Buku IH-1: 'Misteri Hilangnya Jutawan Datuk Sosilawati'

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails