Masalah Husam Isu Pertama PAS Selepas Ketiadaan Nik Aziz
Husam Musa |
Tetapi memandangkan gelora politik di negeri saya Kelantan lebih panas apa berlaku di Kedah saya tangguhkan dulu. Rasanya ramai yang ternanti-nanti apakah komen dan ulasan saya mengenai Kelantan, bukan pencapaian PAS dalam pilihan raya tetapi pembentukan kerajaan Kelantan yang baru.
Di Kedah sudah sah Azizan Razak tidak lagi menjadi MB Kedah. Anak Mahathir, Mukhriz, 52 sudah pun mengangkat sumpah sebagai MB Kedah yang baru. Seluruh orang PAS Kedah perlu merasa malu dan Azizan Razak terutamanya kena tanggung kemaluan itu. Tahniah kepada Mukriz. Akhirnya permainan kali ini dimenangi anda dan bapa anda, Mahathir. Kemenangan disebabkan kerana pihak PAS degil dan keras kepala.
PAS Kedah hari ini senyap sendu. Negeri itu bagi PAS seperti dimakan geruda. Berakhirlah sebuah kerajaan yang diagung-agungkan. Ternyata PAS Kedah tidak pandai menjaga negeri. Apa dialami Terengganu tahun 1999 sama dengan dialami PAS Kedah. Kerajaan PAS Terengganu yang dibentuk tahun 1999 akhirnya meniarap makan tanah tahun 2004.
Kembali kepada Kelantan. Semalam Ahmad Yaacob sudah mengangkat sumpah menjadi MB Kelantan yang baru. Barisan Exco juga sudah dibentuk, khabarnya. Nama-nama atau senarai sudah disediakan dan akan mengangkat sumpah memegang jawatan masing-masing. Mohd Amar Nik Abdullah,51 yang sebelum ini galak menyusun calon-calon PAS bersama birasnya Zulkefli Mamat dilantik menjadi TMB. Akhirnya usaha tidak pernah mengenal kalah dan secara senyap Mohd Amar itu berjaya juga. Inilah politik dan keajaibannya.
Mohd Amar tidak boleh menafikan akan hakikat dan kerja ini. Kelelahan dan tidak berdaya Nik Aziz diambil kesempatan sepenuh olehnya. Saya ada maklumat kuat untuk menuduh perkara ini. Ia ditambah pula dengan sikap Husam Musa salah seorang pemimpin tertinggi PAS yang jarang atau tidak begitu rajin untuk menghadiri mesyuarat. Kelewatan Husam tiba pada sesuatu mesyuarat telah diambil kesempatan orang Mohd Amar dan yang lain untuk mencatur mengikut kehendak mereka. Akhirnya Husam dimakan atau pun diperdaya dengan sikap acuh tidak acuhnya sendiri.
Usaha Mohd Amar berjaya. Pesepsi buruk ke atas Husam yang ditabur diserata tempat berjaya mencapai apa dihajatkan. Husam telah dinyahkan dari kerajaan Kelantan apabila beliau tidak disenaraikan sebagai Exco. Apakah Husam dipanggil sama semasa membincang untuk membentuk barisan Exco?
Hari ini Husam tidak disenaraikan bukan saja sebagai TMB, tempat yang dikira wajar dan tepat untuknya berdasarkan track rekod dan pencapaian, tetapi dia juga tidak dilantik menjadi Exco. Namanya tidak termasuk dalam sembilan nama Exco. Ketiadaan Husam dalam barisan kabienat Kelantan inilah yang anih dan ganjilnya dan menjadi isu di Kelantan kini. Husam memang kalah di perlimen Putrajaya, tetapi dia menang besar di Salor dengan majoriti, 3,683. Apakah mereka yang menyenaraikan nama Husam untuk dihantar kepada Sultan, terlupa yang Husam menang?
Otak dan kepala orang politik tidak mungkin mudah lupa akan perkara-perkara sepeting ini. Fikiran orang politik senantiasa tajam dan cekap. Jadi untuk mengatakan lupa ia adalah mustahil. Ertinya keciciran nama Husam dalam senarai kabinet Kelantan bukan atas sifat kealpaan manusia tetapi disengajakan.
Siapakah yang bertanggungjawab mengugurkan nama Husam? Inilah yang orang ramai ingin tahu. Apakah Nik Aziz atau siapa? Saya mendapat tahu mulanya nama Husam disenaraikan sebagai TMB Kelantan. Ahmad Yaacob mahukan dia menjadi timbalannya. Mungkin Ahmad sedar akan kebolehan Husam. Walaupun Ahmad ada terasa dengan tindak tanduk Husam dalam beberapa hal, tetapi sebagai orang jujur, beliau tidak melupai akan hakikat kebolehan dan kemampuan Husam. Husam sangat diperlukan untuk membantunya terutama dalam menjana pembangunan ekonomi negeri sesuai dengan beberapa plan tindakan yang sudah diambil.
Malangnya ketika sampai ke pihak Istana nama Husam didapati tidak ada? Jadi tidak timbul nama Husam dipotong atau pun di delete oleh pihak istana? Katanya seawal pihak Istana menerima senarai barisan kabinet kerajaan Kelantan nama Husam sudah tidak ada. Ruang yang sepatutnya terletak nama Husam dibubuh dengan nama Mohd Amar. Jadi bila nama Husam sudah tidak ada, maka tidak adalah apa-apa ogehan terhadap Husam. Di sini macam berlaku kolobrasi penipuan Sultan?
Salah seorang pegawal di istana yang terlihat senarai nama itu telah menghubungi seseorang dan dia terkejut kenapa nama Husam tidak ada? Jadi ini mengesahkan bahawa nama Husam dibuang awal-awal lagi oleh pihak lain bukan oleh Sultan. Ertinya permintaan Ahmad Yaacon yang mahukan Husam ditolak sebelum senarai nama itu sampai ke Istana. Tidak tepat kalau ada pihak mengatakan sultan tidak mahukan Husam.
Majlis angkat sumpah jawatan MB dan TMB sudah agak pelik sedikit bila mana ia tidak dihadiri sama oleh Tokguru Nik Aziz. Ia sudah berlaku secara ganjil. Nik Aziz yang lurus dan tidak tahu bertindak sendiri katanya telah dinasihati agar tidak hadir? Beliau malahan dihantar untuk berihat di hospital. Apakah penghantaran Nik Aziz untuk menerima rawatan di hospital itu bagi memberi alasan kepada Sultan kenapa Tokguru tidak hadir? Ah sejahat dan seburuk itu politik PAS ini?
Dan dalam masa sama juga tidak mahu memberi tahu yang senarai kabinet itu tanpa nama Husam? Mati-matian Tokguru ingat majlis angkat sumpah itu akan dihadiri sama Husam. Begitukah. Tokguru yang jujur tidak hadir dan mungkin tidak dirujuk langsung mengernai senarai itu. Tokguru segera menjadi 'tongkorang' buruk dicampak ke tepi selepas nyiur didapati. Ini satu kesilapan dan satu tektik kotor yang cukup jelek kalau ia berlaku. Sebagai bekas MB Tokguru harus berada sama dalam majlis berkenaan. Walaupun ia bukan satu kemestiaan tetapi untuk merai majlis angkat sumpah beliau kena hadir sama. Kalau ini satu perancangan mereka yang memberi idea ini seorang yang jahat. Dan Tokguru jelas terkecong dalam kes ini.
Keciciran nama Husam menjadi tanda tanya dan terkilan besar kepada rakyat Kelantan yang sudah melihat kejayaan Husam sebagai Exco selama ini. Bagi mereka Husam patut diberikan kesempatan, kalaupun tidak sebagai TMB tetapi cukup sebagai Exco bagi meneruskan beberapa projek yang telah dirangkanya. Apa yang berlaku sudah ada 'kadas kenting' dalam politik PAS Kelantan mengenai perkara ini. Kalau sebelum ini perihal 'kadas genting' ini hanya diketahui dikalangan orang dalaman sahaja tetapi dengan apa yang tersembur kini menyebabkan semua orang tahu.
Saya tidak mahu menggunakan alasan Sultan yang bertanggungjawab dalam hal ini. Memang sultan boleh berbuat apa sahaja dengan kuasa sama ada ligal atau lisan ke atas sesuatu yang berlaku di dalam negerinya. Walaupun baginda tidak wajar campur tangan tetapi itu masih haknya yang diterima sebagai halal atas nama batang tubuhnya sebagai sultan. Berani saya mengatakan kalau Sultan memainkan peranan dalam hal ini menafikan keperluan Husam kepada kerajaan PAS Kelantan ia sesuatu yang tidak betul dan perlu diperbetulkan. Tetapi apakah benar sultan bersikap demikian? Saya rasa ia bukan atas ulah sultan tetapi pihak lain yang bijak mencuri keadaan dengan menggunakan nama baik Sultan. Sultan juga terkecong dalam kes ini?
Sebelum ini sudah terdengar cerita-cerita yang Sultan tidak mahukan Husam, tanpa memberi sebab-sebab dan dalil kuat kepada rakyat. Yang didengar ialah bisik-bisik kononya begitu dan begini. Situasi ini menyebabkan timbul tanda tanya sejauh mana akan kebenaran Sultan murka kepada Husam. Kalau benar Husam ada membuat kesalahan Sultan harus perjelaskan menerusi makenisme tertentu biar rakyat tahu. Dan apakah semua kesalahan itu tidak boleh dimaafi atau diperbetulkan? Rasanya ajaran Islam tidak menyarankan begitu. Sifat pengampun dan pemaaf adalah sifat terpuji.
Rakyat khasnya penyokong PAS terkilan dengan apa yang berlaku. Perkara ini perlu disedari oleh semua orang. Kalau Husam ada melakukan kesalahan seperti ditafsirkan oleh Sultan itu tetapi ia tidak melibatkan rakyat atau penyokong PAS. Maksudnya penyokong PAS tidak tahu kesalahan dan kesilapan itu. Apabila penyokong PAS tidak tahu menyebabkan timbul berbagai persepsi dan ini bakal memberi penyakit kepada PAS.
Apa yang berlaku kini memberi senario yang tidak baik dan ia bakal menyusahkan kerajaan dan kepimpinan Ahmad Yaacob juga. Semua pihak kena tahu seorang menteri besar bukan saja setakat memerlukan mandat 2/3 di DUN tetapi sokongan berterusan dari semua peringkat. Penyokong atau kepercayaan rakyat yang diletak ke Husam bukan kecil. Tidak salah kalau saya katanya orang kedua selepas Nik Aziz mempunyai pengaruh terbesar di kalangan rakyat khasnya kalangan orang muda di Kelantan ialah Husam. Dan kini apabila Tokguru tidak lagi berada dalam 'hegomeni' kuasa, maka Husamlah menjadi ikon kepimpinan di Kelantan.
Sokongan untuk sesebuah kerajaan bukan saja dari kalangan ahli dan penyokong parti sahaja. Tetapi ia memerlukan sokongan rakyat dari semua lapisan masyarakat. Husam memiliki itu semua. Beliau dilihat dan dipandang bukan saja oleh golongan remaja di dalam PAS tetapi di kalangan pegawai-pegawai kerajaan juga. Orang kampung yang dapat mengecapi nikmati menerusi projeknya juga suka. Atau setidak-tidaknya rakyat Kelantan boleh menjadi halwa telinga dengan berbagai-bagai projek pembangunan yang dirancangnya. Setidak-tidaknya dalam keadaan Kelantan tidak mempunyai wang tetapi dia boleh berkhayal untuk mewujudkan projek, sementara orang lain usah nak melaksanakan, hendak berkhayal pun tidak mampu.
Penampilan, cara dia berfikir di respact oleh banyak pihak. Semua itu adalah modal utama untuk pengukuhan kerajaan Kelantan.
Saya tidak mahu memperkecilkan kebolehan Mohd Amar sebagai timbalan menteri besar. Tetapi hakikat apa yang saya sebutkan disaksikan oleh dunia. Justeru pembarisan kabinet Kelantan tidak perlu dibuat atas rasa sentimen peribadi atau kepuakan atau kumpulan, tetapi harus meletakkan kepentingan bersama dan satu keputusan rasional. Kesalahan Husam letak dibelakang bina keyakinan dan harapan baru bersamanya, itu sepatutnya... bukan terus membunuh kerjaya politiknya secara kejam.
Saya ingin kata orang yang berusaha menyingkirkan Husam atau mempengaruhi Sultan (tetapi saya tidak percaya sultan tergamak) agar Husam tidak disenaraikan, jangan bergembira sangat dan seronok dengan apa yang terjadi. Sebuah kerajaan bukan berusia setahun, tetapi lima tahun dan tahun-tahun mendatang. Dalam tempoh itu kerajaaan Kelantan memerlukan gabungan tenaga semua para pemimpinnya. Sekiranya gabungan ini gagal diwujudkan saya membayangkan kerajaan Kelantan yang ada hari ini akan goncang.
Kegoncangan ini bukan saja dari segi perpaduan parti, tetapi juga kegoncangan dari segi kewangan dan lain-lainya. Justeru tanggungjawab Ahmad Yaacob kini besar untuk mencari seorang Husam baru bagi menggati Husam lama itu. Kegagalan Ahmad mendapat pengganti atau seorang yang setaraf dengan Husam dari segi memiliki intelektual politik dan ekonomi menyebabkan Kelantan bermasalah. Kegagalan mendapat pengganti Husam akan dipertanggungjawab kepada beliau. Saya yakin kalau diadakan usaha, apa disebut sebagai perselisihan Husam dengan sultan seperti mana dijaja itu dapat dilendekkan, kerana tidak ada masalah tidak dapat diselesaikan.
Saya pernah menyebut keadaan Nik Aziz dengan Tuanku Ismail Petra semasa menjadi sultan dulu lebih dahsyat lagi sehingga Tuanku enggan bersalam dengan Nik Aziz di Balai Islam, dan Nik Aziz pernah mengangap sultan sebagai bukan manusia, tetapi akhirnya mereka berdua dapat berdamai dan duduk sekali membangun dan memakmurkan negeri. Apa disebut kononnya sultan ada masalah dengan Husam belum sampai ke tahap 'pergaduhan' ayahandanya dengan Nik Aziz satu ketika dulu.
Kepada Husam, biarlah dan redha atas apa yang berlaku. Perkuatkan iman dan kejapkan semangat. Banyak berzikir dan berdoa. Anggaplah apa yang berlaku ada hikmahnya. Dan saya yakin kebenaran itu akan tetap menang dan ia menjelma selalunya lambat selepas terburainya kepalsuan. Rakyat yang akan bersama kamu. Terbaik, kalau Husam sudah tidak disenaraikan sebagai Exco kerana kononnya Sultan tidak mahu, ambil dan tempatlah Husam di mana-mana institusi pembangunan ekonomi di Kelantan. Jangan sia-sia kepakaran dan kebolehan yang beliau ada. PAS akan rugi besar kalau abaikan Husam kerana PAS telah melantih dan membentuk Husam menjadi Husam lebih 20 tahun tiba-tiba disia-siakan saja.
Ahmad Yaacob boleh memikirkan tempat yang sesuai untuk Husam. Saya percaya Ahmad sedang memikirkan masalah ini dengan serius. Beliau diharap tidak mudah terminum racun dari orang membenci Husam kerana amarah. Untuk ini ia terletak ke atas kebijaksanaan Ahmad Yaacob sendiri. Ujian pertama bagi Ahmad Yaacob sebagai MB ialah menghadapi isu mengenai Husam ini barulah selepas itu rakyat dan serangan-serrangan Umno. Kegagalan menyelesaikan isu Husam dengan baik akan menunjukkan kegagalan beliau juga.
Mohd Amar yang sudah mengangkat sumpah menjadi TMB dan ia tidak boleh diundurkan lagi. Hajat lama yang terpendam sudah diraih. Setelah menjadi TMB seharusnya persepsi, cara berfikir dan melihat sesuatu masalah kena berubah. Dalam melayan kawan-kawan anda yang berdendam dengan Husam jangan berlebih-lebih sangat, sebab mereka adalah tukang halak dan sorak, tetapi yang akan memikulnya anda bersama Ahmad Yaacob. Ingat teman ketawa ramai, teman menangis hanya sedikit atau tidak ada langsung. Yang mengukuhkan kedudukan anda bukan 'desperado' tetapi ahli dan penyokong parti. (TM-MSO)
Ada kaitan..
E-Buku IH-69: PAS (PR) Bebaskan Putrajya.
6 comments:
udah-udahlah,husam bukan bagus pun,dia ni banyak merancang tapi abuh pun tarak.hiway,stadium,minyak kat daratan betoikah,tpu semua tu
mana ada manusia yg sempurna,tapikan dlm kerjaya politiknya,tiada ruang utk mencari salah lakunya dlm tempoh yg melebihi 20 th.
Pelik sungguh penulis yang menggunakan nama MSO atau Tinta Merah untuk blognya kerana jika lu baca apa yang beliau tulis dulu boleh diumpamakan langit dan bumi. MSO dari dulu lagi adalah pengkritik Husan nombor wahid dengan gelaran baju petak untuk Husan teba-tiba beliau membuat u-turn 360 darjah. Nampak sangat bagaimana perangai sebenar manusia yang bergelar MSO dan agendanya yang mana beliau menganggap yang beliau adalah penulis politik yang serba tahu, hakikatnya sesetengah artikelnya boleh dibangkul sampahkan. Masih lupakah kita tentang akhbar tabloid yang PAS sewakan kepadanya dengan meninggalkan hutang yang terpaksa PAS langsaikan. Cermin diri anda dahulu sebelum anda mencermin diri orang lain.
betul jgk tu klu asyik dok merancang sj..bila nak buatnya..besar2 plk tu..
tp arg2 yg rasa lebih baik dr husam tu sapa agaknya yg mmg boleh buat punya..bukan hanya setakat kopiah serban dan baca quran hadis sj.
rakyat y mengundi nk tgk barang tulen.
selain tiada salah laku.. husam jg membawa politik islam baru..beliau tidak suka merendah2kn org lain..
mulutnya terjaga tidak mcm stgh2 ustaz2 yg mulut mcm spekar.
kaki fitnah hidup tak senang...moga engkau segera bertaubat wahai MSO....
Tak perlu nak pebesarkn isu yg takde isu. Prlantikkan exco ke dtolak ke,apa hal yg nak dikecohkn. Tuan punya badan pon rasanya dah buat penjelasan spt perjuangan beliau bukan sekadar PAS, Tok Guru atau apa2. Beliau lebih kpd perjuangan ISLAM ( arahan Tuhan ). So ?? Jgn samakn beliau dgn UMNO yg pantas akansabotaj parti jika nama trcicir. Jika ada penyokong Husam yg cuba nak berdemo mmbantah gugurnya nama Husam dlm barisan exco..juga merupakan mala petaka kecil pd PAS. Namun jgn lupa, malapetaka kecil itu bisa mnjadi besar spt mana malapetaka dlm barisan exco PAS Kedah yg mnyaksikn gugurnya PAS Kedah ke bumi >
Post a Comment