3 Janji 30 Hari, 10 Tindakan 100 Hari Pakatan Memerintah.... INI KALILAH
6 Mei - Cuti Awam bagi memudahkan rakyat pulang dari kampung selepas mengundi.
30 hari pertama: Meringankan beban, mensejahterakan rakyat
- 7 Mei - Menurunkan harga minyak serta merta
- Membatalkan semua pinjaman hutang PTPTN
- Pemulaan penghapusan tol lebuhraya secara berperingkat
100 hari pertama: Menjana Ekonomi Negara yang Memenfaatkan Rakyat
- Menubuhkan Majlis Daya Saing Negara dengan mandat untuk menyediakan pelan induk untuk menghasilkan sejuta pekerjaan dalam bidang-bidang tambah nilai tinggi.
- Menilai semua kontrak penswastaan yang merugikan rakyat menurut lunas undang-undang
- Melancarkan inisiatif sektor perkhidmatan awam menuju kelas dunia (world class standard) serta menjadikannya bercirikan tatakelola baik, berkebajikan, berpendidikan tinggi dan mesra keluarga
- Memberi peruntukan yang sepatutnya bagi Perbadanan Perumahan Negara mencapai sasaran pembinaan rumah seperti yang telah dijanjikan.
- Membebaskan media dari campurtangan politik
- Menjadikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) badan yang lebih bebas dan bukan dibawah Jabatan Perdana Menteri
- Menetapkan sasaran mengurangkan kadar kemiskinan yang merentasti semua kaum.
- Melancarkan Agenda Merakyatkan Parlimen – memulakan gerakerja pindaan atau penghapusan semua undang-undang 'anti-rakyat':
- Akta Percetakan dan Penerbitan 1984
- Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971
- Memulangkan royalti hasil petroliam dan hidrokarbon 20% kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan.
10. Menyelesaikan isu kewarganegaraan, terutamanya rakyat keturunan India dan pribumi Sabah dan Sarawak, dan permulaan proses pembersihan senarai kad pengenalan seluruh negara.
No comments:
Post a Comment