Thursday, May 02, 2013

Bongkar, Mengapa Blogger MiloSuam Ditahan Polis?


KEMASKINI


02 Mei, 2013 Punca Blogger Milo Suam Di Tahan Polis Terbongkar..

Seorang bloger PR, Milo Suam (gambar) dilaporkan telah ditahan pihak polis malam tadi dan kini telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Polis berkata blog Milo Suam memfitnah pegawainya pasal mengundi 23 March lalu..
Pemilik blog itu akan disiasat mengikut Akta Pilihan Raya 1958, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 505 Kanun Keseksaan. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata pemilik blog Milo Suam didapati menyebar maklumat tidak benar dengan mendakwa anggota PDRM mengundi lebih awal.

Syed Ismail Syed Azizan berkata unit RMP-IMAP bekerjasama dengan semua jabatan di PDRM untuk menangkis dakwaan yang boleh mencemarkan imej PDRM mempunyai anggota yang bertugas 24 jam bagi memantau dan mengesan maklumat tidak benar yang disebar di Internet.

Jap jap Datuk.. Milosuam mendedahkan pasal Anggota Polis mengundi 23 April lalu. So rasanya sama la dengan PENGAKUAN yg tertulis dalam facebook rasmi PDRM sendiri kan? Bukan nak backup Milosuam x tentu pasal tapi ini FAKTA yang PDRM keluarkan sendiri..

Datuk check tak laman facebook rasmi PDRM juga mengesahkan bahawa anggota polis telah mula mengundi pada 23 April 2013. Lihat printscreen tu. Taknak soal siasat sekali ke ADMIN FACEBOOK RASMI PDRM tu? Printscreen ini diambil pada 1.38am (baru kejap tadi)

Klik untuk lebih jelas

Adakah penahanan Blogger Milosuam sebenarnya berunsur politik? Jika benar dia melakukan kesalahan menyebar fitnah, bagaimana pula dengan PapaGomo dan rakan2 blogger pro UMNO? Jangan ketepikan amanah tugas demi melindungi kebathilan, balasan Allah berat.. ~orenji

KUALA LUMPUR: Bloger Milo Suam dilaporkan telah ditahan pihak polis malam ini dan kini telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Makluman itu dinyatakan dalam satu kenyataan ringkas oleh Biro Komunikasi PKR kepada media lewat malam ini.

Menurut kenyataan itu, pihak polis juga kini berada di hadapan Ibu Pejabat PKR di Merchant Square di Petaling Jaya.

Bagaimanapun tiada sebarang makluman oleh mereka berkaitan sebab penahanan tersebut.

"Blogger Milo Suam baru telah ditahan oleh pihak polis dan dibawa ke Bukit Aman. Polis juga sekarang berada di hadapan Ibu Pejabat Keadilan di Merchant Square ," kenyataan itu dipetik.

Sebelum ini dua laporan polis dibuat terhadap pengendali blog Milo Suam yang sebelum ini menyiarkan artikel dan gambar mendakwa anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengundi lebih awal dari tarikh sepatutnya.

Laporan itu dibuat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

1 comment:

888jackaroo said...

polis tiap2 hari ada kt ibu pejabat keadilan tu.. sebelah ofis tu mmg ada balai... bukan hari tersebut je. ini pun nak spin ke?? alahai... aku tiap2 hari duk bayar tol dsara tu nampak balai tu mmg ada... tak ubah2 pn...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails