Monday, May 27, 2013

BN Perlu Berani Berubah -Najib. Rakyat Perlu Berani Mengubah..


NAJIB (tiga dari kanan) bersama ADUN Bebar, Mohd. Fakharuddin Mohd. Arif (kanan) dan ADUN Chini, Datuk Abu Bakar Harun (dua dari kanan) memotong pulut kuning pada Majlis Kesyukuran UMNO Bahagian Pekan di Pekan semalam.

PEKAN - Barisan Nasional (BN) perlu melakukan perubahan dari segi strategi, pendekatan, pembaharuan program dan lebih pragmatik untuk terus kekal relevan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, landskap politik negara yang terus berubah pantas menerusi proses urbanisasi, pendidikan, taraf hidup dan perkembangan teknologi maklumat, memperlihatkan formula yang diguna pakai BN selama ini mungkin sudah tidak relevan lagi.

"Kita tidak boleh anggap apa yang telah diguna pakai selama ini dianggap sesuai pada masa akan datang, kita mesti bersikap terbuka, pragmatik dan bukannya dogmatik," katanya ketika berucap pada Majlis Kesyukuran UMNO Bahagian Pekan di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini semalam.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: BN perlu berani berubah, kata Najib PM. Maka rakyat perlu berani mengubah. Ubah BN kepada PR!

2 comments:

  1. Pemimpin munafik kalau berkata-kata ibarat meludah ke langit kena ke atas batang hidung sendiri atau seperti burung kakatua yang tega berkata-kata tetapi tidak tahu maksud kata-kata tersebut. Sudahlah Najib, kalau menang pun dengan tipu helah SPR? Kamu tak rasa malukah menjadi pemimpin dengan penipuan? Tampal kulit Khinzir 3 inci pun kamu tak kisah kan? Buat malu nama besar Allahyarham Tun Abd Razak sahaja kamu ni....

    ReplyDelete
  2. Najib sendiri yg perlu berubah. Dia meminta orang berubah tetapi dia masih mengekalkan cara hidup Marcos. UMNO tak perlu berubah. Tapi para pemimpin UMno yg sangat perlu berubah. Banyak yang sombong, angkoh, bongkak. Contoh paling nyata Nazri Aziz.

    ReplyDelete