HALAMAN HIBURAN
Jolie ditawar berbogel untuk Playboy
LOS ANGELES - Satu sumber memberitahu, majalah Playboy akan membayar wang kepada aktres Angelina Jolie untuk berbogel, lapor portal hiburan HollywoodLife.com kelmarin.Menurut sumber itu, majalah bogel itu sanggup membuat bayaran yang besar bagi memdapatkan gambar bogel Jolie selepas dia menjalani satu siri pembedahan untuk membuang dan membentuk semula payudaranya.
"Mereka (pihak pengurusan Playboy) akan memasukkan wang tersebut ke dalam bank untuk menjadikan tawaran itu menjadi realiti," katanya.
Pada awal minggu ini, Jolie mendedahkan dia telah menjalani pembedahan membuang dan membentuk semula payudaranya menerusi satu artikel di akhbar New York Times Menurut artikel tersebut, pada awal Februari hingga April lalu, tunang kepada aktor Brad Pitt itu menjalani pembedahan mastektomi pada kedua-dua payudaranya.
Dia melakukan pembedahan itu selepas mengetahui dirinya membawa gen yang boleh menyebabkannya menghidap kanser payudara dan ovari. Jolie, 37, diberitahu peluangnya mendapat kedua-dua kanser tersebut masing-masing sebanyak 87 peratus dan 50 peratus.
Ibunya, Marcheline Bertrand meninggal dunia kerana menghidap kanser yang sama pada usia 56 tahun. - Agensi
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Aktres Angelina Jolie kini sedang diangkat oleh media massa dunia sebagai tokoh pejuang hak asasi, yang memperjuangkan kebenaran ikut gaya mereka. Sehingga sanggup melakukan yang tidak baik demi untuk membuat baik, kononnya. Macam kerajaan Malaysia yang main judi dapatkan duit 'haram' (tapi ditakrifkan halal), untuk pendapatan kerajaan dan rakyat.
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-67: Kisah-kisah Bogel (3)
PEMIKIRAN PAS SEMAKIN HANCUR.
ReplyDeletePAS LEBIH BERMINAT KEPADA KEHANCURAN.
PAS TIDAK FAHAM KESTABILAN DAN PERSAUDARAAN SESAMA ISLAM.
PAS DILIHAT LEBIH SAYANG KEPADA SANGKA-BURUK, PERMUSUHAN DAN DENGKI MELIHAT KEJAYAAN ORANG LAIN.
KINI, PAS LEBIH PARAH.
RAMAI KEPIMPINAN ULAMAK PAS TERUS MEMBISU DAN MEMBIARKAN IMEJ ISLAM PAS DILACURKAN OLEH MANUSIA YANG "GILA KUASA"
Ye lah tuuu.sape yg giler kuasa sbenarnya.thn 90 hilang klate dah meroyan wat hal giler.dr merusuh smpai diskriminasi hak rakyat klate yg majoriti melayu tuh saper.sultan dia pon sape sumpah seranah.kat trengganu berebut sama sendri pon korang natangkan sultan.krisis perlembagaan korang bogelkan raja2 melayu.bangsa lain x sentuh pon bab neh.bab kalimah allah korang lulus,pas yg korang persalahkan.senang crita.kalu solat korang nk pilih sapo jd imam.najib or nik aziz.
Delete