Hotel bajet port lampias nafsu warga asing
AYER KEROH - Sebekas kondom sudah dipakai ditemui sementara 25 orang ditahan kebanyakannya warga asing dalam satu serbuan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen negeri di sebuah hotel bajet di Jalan Munshi Abdullah, petang kelmarin.
Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Kamalludin Ismail berkata, serbuan dilakukan selepas mendapat maklumat orang awam yang mendakwa lokasi berkenaan dijadikan tempat melampiaskan nafsu pekerja asing terutama pada hujung minggu.
Katanya, sepasukan 15 pegawai penguatkuasa Jabatan Imigresen diketuai Ketua Operasi negeri, S Shantee telah bertindak menyerbu premis terbabit bermula jam 3 hingga 4 petang.
“Ketika serbuan, premis tersebut dipenuhi pekerja asing dari pelbagai negara yang sedang menunggu giliran untuk dilayan sementara beberapa warga asing yang dipercayai pegawai perhubungan pelanggan (GRO) sedang melayan pelanggan masing-masing di beberapa bilik hotel.
“Ketika operasi, pegawai kami turut dirempuh sehingga hampir terjatuh kerana mereka bertempias lari bagi mengelak diri dari ditahan.
“Bagaimanapun, kami berjaya menahan sembilan dipercayai GRO dan 14 pelanggan membabitkan kesemuanya warga asing serta dua warga tempatan yang disyaki sebagai pekerja hotel terbabit atas kesalahan pelbagai akta imigresen,” katanya dalam satu sidang media di Jabatan Imigresen di sini, semalam.
Kamalludin turut mendakwa, premis berkenaan menjalankan kegiatan urutan badan sambil menawarkan perkhidmatan ‘extra’ kepada pelanggan yang terdiri dari pekerja asing di negeri ini.
Sementara itu, beliau berkata, pihaknya turut melakukan serbuan di dua lokasi berlainan di bandar Jasin membabitkan beberapa rumah kedai dan rumah kongsi.
“Secara keseluruhan operasi, kami telah melakukan pemeriksaan terhadap 70 pekerja warga asing pelbagai negara dan telah menahan 60 orang termasuk 10 wanita yang berumur antara 18 hingga 43 tahun.
“Selain dari Indonesia, mereka yang ditahan termasuk dari Bangladesh, Pakistan, India, Myanmar, Sri Lanka dan Nepal,” katanya.
Kamalludin berkata, sebahagian yang ditahan menyalahi Peraturan 39b, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 kerana masuk dan tinggal di negara ini tanpa permit.
“Dua warga tempatan yang ditahan di bawah Seksyen 56(10(d) dan Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/1963 kerana memberi perlindungan tanpa kebenaran dan menggaji pekerja warga asing tanpa permit.
“Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara, denda dan juga sebatan,” katanya.(SH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Selagi tidak dilaksanakan perundangan Islam sebenarnya, selagi tiulah masalah-masalah begini tidak akan dapat diselesaikan. Bukan masalah 'Hotel Bajet', masalah pendatang dan lain-lain, tetapi masalah 'najis zina', tiada undang-undang Malaysa yang melarangnya.
Kalau orang zina didukung untuk jadi pemimpin oleh 51% rakyat Malaysia, nak buat macamana lagi? Tangkap perempuan gunting rambut bukan mahram pun kena lepaskan sebab desakan Cina.
ReplyDeleteApa lagi hukum Allah yang kita boleh tegakkan? Suara kita sikit. satukanlah supaya jadi besar.
Assalammualaikum saya menyokong pendapat Ibnu Hasyim, kalau boleh tuan Admin siarkan artikel mengenai perundangan Islam sebab saya rasa umat Islam di Malaysia ramai yang kurang tahu tentangnya. Saya rasa saya sendiri pun kurang tahu
ReplyDeleteUdahlahtu. Cakap tak pakai otak benda dah jadi lebih 50 tahun. Perintah negara pun dah lebih 50 tahun. Habukpun tarak. If you dare pass the law and enforced it. You are the government of the day.
ReplyDelete