Pak Din atau Zainuddin Yusof calon PAS N20 Lubuk Merbau,telah mendapat tawaran dari Zambri dengan memujuk beliau menjadi speaker dewan negeri Perak dengan meloncat masuk Umno..
Tapi Pak Din Tolak..,
Pasai Pak Din kata nanti esok bila aku mati orang akan ludah kubur aku ..Pak Din tak nak semua itu,pencen Pak Din pun banyak ,Pak Din Tak mau jadi pertualang PR.
Pasai Pak Din kata nanti esok bila aku mati orang akan ludah kubur aku ..Pak Din tak nak semua itu,pencen Pak Din pun banyak ,Pak Din Tak mau jadi pertualang PR.
The Sniper Kenyataan Media V. Sivakumar, Timbalan Pengerusi DAP Perak di
Ipoh pada 7 Mei 2013
Pada tahun 2008, apabila Pakatan
Rakyat menjadi kerajaan Perak selepas pilihanraya, saya dipilih oleh Ahli-ahli
Dewan Negeri Perak sebagai Yang Dipertua Dewan yang juga dikenali sebagai
Speaker.
Tetapi selepas kerajaan yang
sah dirampas oleh Barisan Nasional pada tahun 2009, jawatan Speaker itu
diberikan kepada Dato R. Ganesan yang mewakili parti MIC.
Perlantikan jawatan
Speaker itu dilakukan secara haram 4
tahun yang lepas pada tarikh hari ini iaitu 7 Mei 2009. Beliau telah memegang
jawatan itu sehingga Dewan Negeri Perak dibubarkan pada bukan April 2013.
Jawatan Speaker itu diberikan kepada seorang pemimpin MIC semata-mata untuk
menjaga hati kaum India di Perak. Kerajaan Barisan Nasional telah memperalatkan
MIC untuk menipu masyarakat India dengan memberi jawatan tersebut.
Dalam PRU13, sekali lagi MIC
kalah semua kerusi yang ditanding untuk Dewan Negeri Perak. Oleh yang demikian,
MIC pasti akan mengharapkan jawatan-jawatan perlantikan tertentu dalam
pentadbiran kerajaan negeri Perak.
Tetapi, adakah kerajaan Barisan Nasional
akan memberikan jawatan-jawatan penting kepada pemimpin-pemimpin MIC yang telah
pun kalah dalam pilihanraya.
Saya pasti MIC akan hilang
jawatan Speaker yang diberikan kepadanya untuk tempoh sementara. Saya yakin
UMNO akan mengambil balik jawatan itu daripada MIC.
Ini adalah satu hakikat yang nyata bahawa MIC
akan tunduk kepada semua permintaan UMNO. Barisan Nasional tidak akan takut
kepada MIC atau masyarakat India lagi.
UMNO akan menggunakan kuasa mutlaknya
untuk merampas jawatan Speaker itu daripada MIC. Perkara ini pasti akan berlaku
dalam persidangan pertama Dewan Negeri Perak iaitu dalam proses perlantikan
Speaker baru.
Saya juga pasti MIC tidak akan berani untuk melawan atau merebut
untuk mendapatkan jawatan tersebut. Bagi UMNO, MIC adalah parti nyamuk yang boleh
diperkudakan untuk mencapai matlamat politiknya.
Jika MIC melepaskan jawatan itu,
maka terbuktilah MIC gagal memperjuangkan hak orang-orang India di negara ini.
MIC harus mengaku bahawa ia merupakan parti boneka UMNO yang dikongkong seratus
peratus.
Masyarakat India akan menilai kredibiliti MIC dalam mempertahankan
jawatan Speaker di negeri Perak. Jika
MIC gagal, adalah wajar untuk MIC keluar
dari komponen Barisan Nasional yang sentiasa menipu kaum India.
Masyarakat
India juga akan tahu betapa zalimnya kerajaan Barisan Nasional khususnya UMNO
terhadap kaum itu .Suara Perak (IH)
2 comments:
Aku rasa aku tak ludah kubur orang yang melompat ni, tapi aku kencingkan...biar hancing... biar orang tahu kubur siapa yang berbau. Kenapa berbau agar tahu siapa pengkhianat.
Maknanya, dah ada beberapa kubur sedia untuk dikencing dan dihancingkan.Bersedia kerabat yang datang menziarah untuk menikmati bau yang keluar dari kubur pengkhianat.
Selamat bersidang
Entah la...
Aku rasa ancaman nak ludah atau nak kencing kubur orang ni dipopularkan oleh pimpinan tertinggi UMNO je...
Tak sangka pulak ada penyokong PR suka nak buat ancaman yang sama...
Hmmm...
Entah la...
Post a Comment