KARIMA (tengah) berdiri di dalam bangunan sebuah mahkamah di Milan semalam.
Penari berketurunan Maghribi dedah parti bekas PM Itali
ROM - Bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi pernah
mengadakan parti di vilanya dengan melibatkan seorang wanita menari di
sekelilingnya, kata keterangan seorang penari berketurunan Maghribi,
Karima El Mahroug di sebuah mahkamah di Milan semalam.
Karima atau lebih dikenali sebagai Ruby si pencuri hati itu memberi
kenyataan dalam satu perbicaraan di Milan membabitkan tiga pembantu
Berlusconi. Ketiga-tiga pembantu itu didakwa bersubahat menggalakkan pelacuran
dengan melatih wanita untuk menyertai parti peribadi Berlusconi.
Para tetamu akan menjamu selera dan berpindah ke sebuah bilik besar yang dikenali sebagai 'bunga-bunga', kata Karima. Bilik itu turut dilengkapi ruang untuk para penari menari tiang. Penyanyi peribadi Berlusconi, Mariano Apicella akan memainkan beberapa buah lagu yang berbaur seks.
Menurut Karima, beberapa wanita lain akan menari di sekeliling tiang
dan mendekati sebuah kerusi yang diduduki Berlusconi dalam keadaan seksi
dan mengghairahkan. Nicole Minetti yang merupakan seorang bekas ahli politik untuk parti
politik Berlusconi akan menarik kostum yang dipakainya baju mendedahkan
kaki sebelum pakaiannya ditanggalkan sehingga seluar dalam sahaja yang
kelihatan.
Menurutnya, beberapa wanita lain turut melakukan perbuatan yang sama dengan tubuh mereka hanya memakai seluar dalam sahaja. Karima yang kini berusia 20 tahun berkata, dia tidak pernah melihat
sebarang sentuhan fizikal berlaku di antara Berlusconi yang berusia 76
tahun dengan beberapa tetamunya.
Berlusconi telah dibicarakan secara berasingan atas tuduhan membayar
untuk mendapatkan khidmat seks daripada Karima ketika dia masih di bawah
umur dalam parti bunga-bunga. Perbuatan itu merupakan satu jenayah di Itali.
Menurut Karima, setiap kali kunjungannya ke parti bekas Perdana
Menteri itu, Karima akan menerima wang tunai sebanyak 2,000 euro
(RM7,750). Menurutnya, dia turut diberikan wang tunai 30,000 euro (RM116,261)
oleh seorang pembantu Berlusconi untuk digunakan bagi membuka sebuah
pusat kecantikan. - Agensi
No comments:
Post a Comment