Monday, May 13, 2013

Hari Ibu: Wanita Mengandung Anak Haram Bertambah.. Risau Buat Apa?



FATIMAH (tengah) menyampaikan cenderahati kepada seorang ibu tunggal pada sambutan Hari Ibu di Kuching semalam.

KUCHING: Jumlah wanita mengandung tanpa berkahwin atau anak harm hasil dari najis zina semakin membimbangkan di Sarawak apabila mencatatkan peningkatan sebanyak 35 peratus atau 1,658 kes tahun lalu berbanding 1,223 kes pada 2009.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga negeri, Datuk Fatimah Abdullah berkata, pihaknya risau dengan trend tersebut memandangkan ia boleh mendatangkan implikasi negatif terhadap perhubungan mereka dengan masyarakat umum.

Berusia 13 tahun sudah lahirkan anak haram

Misalnya, ujar Fatimah, ada dalam kalangan mereka yang berusia 13 tahun sudah melahirkan anak luar nikah tanpa ikatan perkahwinan yang sah.

“Hal ini akan menyumbangkan terhadap stigma sosial, sekali gus menyebabkan mereka (ibu muda) hidup tertekan.
“Sepatutnya mereka melihat ikatan perkahwinan adalah satu kontrak suci antara suami dan isteri. Ia adalah kontrak yang dipenuhi dengan unsur-unsur agama, moral dan rohani,” katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Bimbang buat apa, selagi hukum dan peraturan negara tidak diIslamiasikan? Pura-pura.. Double standart? Itulah BN/UMNO! (IH/sumber Kosmo)

2 comments:

  1. Itu la jadinya bila Hudud di nafikan.
    Yang menafikannya pula umat yang mengaku Islam..

    ReplyDelete
  2. Yang mengaku terlebih islam pula menggadai kalimah Allah, dosa mensyirik Allah yang paling besar selepas menderhaka pada ibu bapa.

    ReplyDelete