▼
Thursday, May 02, 2013
Husam: Karung Pos SPR Tidak Telus.. Lagi Peluang SPR Menipu?
PUTRAJAYA - Keselamatan karung undi pos yang dijalankan anggota keselamatan di Putrajaya dipertikai tahap ketelusannya. Calon Pas Parlimen Putrajaya, Datuk Husam Musa berkata, polis menolak permohonan Pas Putrajaya untuk menempatkan petugas 24 jam bagi memantau keselamatan peti undi yang disimpan di dalam lokap balai polis tersebut.
“Tanpa alasan kukuh pihak polis menolak permohonan kami dan hanya bergantung kepada kunci. Perkara ini menimbulkan kemusykilan syak terhadap ketelusan sistem pilihan raya negara.
“Kunci bila-bila masa sahaja boleh dibuat pendua, bukan kita menuduh polis akan bertindak sedemikian tetapi bagi keyakinan kita dan rasa senang hati semua pihak. Apa salahnya kami letakkan petugas 24 jam?,” katanya ketika sidang media, semalam.
Menurut Husam, sepatutnya kebebasan ini diberikan untuk Pas sebagai tujuan pemantauan keselamatan.
“Kerana sekiranya dibenarkan dengan sendirinya rakyat akan menjadi lebih yakin kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan proses pilihan raya di negara ini.
“Bila dia tolak orang akan mula syak apa yang dilakukan oleh mereka (kerajaan) terhadap undi pos ini sehingga kita tidak boleh pantau. Dalam tempoh lima hari, macam-macam perkara boleh jadi,” katanya.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata, perjalanan undi pos pada 30 April lalu terdapat seramai 636 pengundi yang terdiri daripada anggota polis.
“Berdasarkan maklum balas yang diterima mereka (polis) memberi undi yang signifikan kepada calon Pakatan Rakyat (PR) di Putrajaya iaitu saya sendiri.
“Terima kasih kepada anggota polis yang keluar mengundi,” katanya.
Dalam perkembangan lain Husam memaklumkan pada 2 Mei beliau akan mengadakan diskusi berhubung Pelan Putrajaya dengan penyandang yang juga calon Barisan Nasional (BN) Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
“ Dia datang atau tidak saya akan teruskan pembentangan pelan ini untuk merencanakan perubahan yang bakal di bawa di Putrajaya,” katanya.(SH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lagi ada peluang SPR menipu?
Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-69: PAS (PR) Bebaskan Putrajya.
kalau dah tahu diri memang kalah... memang sendiri takut dengan bayang2 sendiri. pembangkang tetap membangkang walau ape juga tindakan yang tulus...
ReplyDeletecahaya pelangi sedap nama tu ttp mentaliti tahap longkang...knpa PR pertikai sbb spr tu barua (khadam) umno...semua nk auta...tp xpe kita hnya rancang..Allah swt yg akn menentukan segala2nya..
ReplyDeletebetul tu anoyymous... pas PR menang ni kita tukar semua org2 dlm spr ni. letak org2 kita plak. bagi lama skit berkuasa. apa derang bleh buat??? Xder apa yg mampu. tgk jer la korang... kita plak yg auta. tgk sapa lagi terer auta...
ReplyDeletesalam, saya setuju dgn pendapat YB husam tuh, sepatut nya kita pantau undi2 pos ni, sbb bn akan buat apa saja asalkan depa ni menang.. spr sekonkkol ngan puak2 lahanat nih..kepercayaan rakyat pada sistem KERA jaan mmg tk boleh percaya lagi dah..harap Husam berjaya menjadi YB putrajaya..kami perlukan YB yang berkelibar dn bukan kunan yg hanya pentingkan kroni dan kelab malam dia je..
ReplyDeleteCahaya pelangi cakap memang takde otak. sorry lah kalau kasar. tapi hakikatnya begitu. SPR semua under puak-puak dia. mudah sangat lah kalau dia nak buat 'apa-apa'. Apapun Allah SWT Maha Mengetahui. Takbir!
ReplyDelete