Monday, May 27, 2013

Ini, Payudara Penyanyi Hampir Tersembul Depan Peminat..

Pembantu Mariah pantas membantu membetulkan zip gaunnya yang terbuka ketika muncul pada program Good Morning America (GMA) Jumaat lalu. 

HALAMAN HIBURAN

Payudara Mariah Carey Hampir Terdedah Depan Peminat 
PENYANYI terkenal Mariah Carey hampir mengalami situasi memalukan apabila zip gaun rekaan Donatella Versace yang dipakainya terbuka dan hampir mendedahkan payudaranya dihadapan peminat.

Ketika kejadian, Mariah, 43, sedang berbual dengan hos program Good Morning America (GMA) yang disiarkan secara langsung pada Jumaat lalu dan menyedari zip bajunya terbuka. Bagaimanapun Mariah dengan pantas meletakkan tangannya pada bahagian dada agar payudaranya tidak terdedah.

"Saya sayangkan anda Donatella (Versace) tapi ia terbuka, sayang," katanya secara spontan ketika kejadian itu berlaku.

Tindakan pantas daripada pembantunya telah menyelamatkan keadaan tersebut. Mariah muncul pada program berkenaan untuk menjayakan konsert mini GMA bagi mempromosikan single terbaharunya berjudul #Beautiful duetnya bersama Miguel.

Beliau turut menyampaikan tiga buah lagu untuk peminat yang hadir ke konsert berkenaan iaitu Always Be My Baby, We Belong Together dan #Beautiful. (mStar)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Malu buat apa? Memang nak dedahpun!

3 comments:

Anonymous said...

Betulka zip terbuka? Ke ada yang tak kunci. Dia ni bukan boleh percaya sangat... dulu dia pi interview pakai mini skirt tak pakai seluar dalam.

Dah nak masuk zaman tak laku buatlah perangai elok sikit.

Anonymous said...

Minat betul tuan haji orang PAS hal2 macam ni ya.

PATUT NYA YG TUA TUNJUK TAULADAN PADA YG MUDA. AWAK TU DAH TUA. TAK PAYAH LA ULAS BENDA2 MENGARUT MACAM NI.

BANYAK LAGI HAL2 POSITIF TENTANG WANITA YG BERLAKU SABAN HARI DALAM DUNIA NI. APASAL TAK HIGHTLIGHTKAN?

LIHAT BLOGGER2 SEUSIA TUAN HAJI. MSO, DIN MERICAN DAN LAIN2. TAKDE YG BUAT POSTING MENGARUT MACAM NI. JAGALAH MARUAH JEMAAH. AWAK TU KAN ORG PAS. KALAU SEMBANG POLITIK BERAPI, NAK NIK AZIZ JADI PM, NAK DR RANI JADI MB SELANGOR.

TAPI TAK TAU LAH KALAU AWAK NI MMG SPESIS MUKA TAK TAU MALU. INI BARU BETUL NAMANYA TUA KUTUK TAK SEDAR DIRI.

Anonymous said...

Ini May 27, 2013 at 7:39 PM
di atas, spesis yang sama kurang ajar, mak bapak dia tak ajar adap sopan menghormati orang tua yang berdakwah menyatakan kebenaran Islam.

Kebodohannya, tak tahu di mana dalam Islam semua hal di dunia, boleh di ulas ke arah akhirat. Mengulang tak puas hati benda-benda sama dan tiasa asas dan nas, membuktikan telinga kualinya, anti Islam & PAS.

Individu Ibnu Hasyim yang menulis mengapa PAS yang diserang? Ibnu Hasyim kata, kalau tak suka jangan baca, mengapa masih tak malu membaca? Tebal sungguh muka tak malu itu.

Moga2 tuhan beri taufik dan hidayah. Amin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails