Thursday, May 02, 2013

Ini Rahsia SPR Tipu Dakwat Tak Kekal? 35 Nama Muncul 2X..



KOTA BHARU: Lajnah Guaman dan Hak Asasi PAS Kelantan menerima aduan terdapat 35 nama pengundi pos di Pasir Mas yang muncul sebanyak dua kali. Pengerusinya, Hisham Fauzi berkata, ekoran itu pihaknya membuat bantahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan 30 daripada nama yang dibantah diterima.

“Cuma lima yang dibantah tidak berjaya kerana SPR telah mengeluarkan kertas undi pos tersebut kepada pengundi terbabit,” katanya pada sidang media di Pusat Media PAS Kelantan di Jalan Dato’ Pati semalam.

Hadir sama Pengerusi Lajnah Undang-Undang & Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Kelantan, Mohd Abd Rashid Yah dan sebahagian pasukan peguam PAS. Hisham berkata, nama pengundi pos tersebut dikesan muncul dua kali dan ia sama sekali tidak sepatutnya berlaku sekiranya daftar pemilih dilakukan secara telus.

Manakala dalam perkembangan lain seorang anggota tentera yang mengundi awal di Kem Desa Pahlawan semalam memberitahu dakwat dicalit di jarinya semasa mengundi hanya bertahan lebih jam. Beliau yang enggan dikenali mendakwa keadaan serupa juga berlaku kepada isterinya dan rakan-rakan lain yang mengundi di kem terbabit.

Beliau dan isteri mengundi kira-kira jam 8.15 pagi kelmarin, dan pada jam 9.30 ketika isterinya membasuh pinggan di rumah, dakwat di jarinya hilang kecuali yang lekat di celah-celah kuku.

“Saya terkejut dengan apa yang berlaku. Dan dakwat di jari saya juga tanggal ketika membasuh tangan dengan sabun.
“Ketika mengundi jari saya dicalit dua kali menggunakan dakwat warga unggu oleh kerani tempat mengundi,” katanya di sini.

Beliau yang bertugas lebih 15 tahun sebagai anggota tentera hairan kerana SPR sebelum ini mendakwa dakwat boleh kekal sehingga tiga hari. Beliau juga mendakwa sebelum dibenarkan memasuki tempat membuang undi setiap anggota tentera perlu melaporkan diri ke setiap unit tempat mereka bertugas.

Menurutnya selepas mengundi sekali lagi anggota tentera perlu melaporkan kepada unit masing-masing. Sehubungan itu Hisham berkata, pasukan peguam PAS sedang mengumpul lebih banyak bukti kehilangan dakwat di jari pengundi awal sebelum membuat laporan rasmi kepada SPR. (Sumber Hrkh)

2 comments:

888jackaroo said...

lain kali guna sireh jer... jimat pn jimat.

Anonymous said...

Lagi kes saja nak buruk sangka. Sah budak askar kurang ilmu ni. Asal ambik nama je ingat depa nak check dia pangkah sapa. Logiknya, ambik nama masa datang dan pergi tu utk mudah depa check list sapa yang dah datang ngundi ke belum. Kalau dia awam memang le takde sapa nak check dia pi ngundi ke tidak...15 tahun servis tapi mentaliti kureng..!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails