Sunday, May 05, 2013

Insya Allah, 1999 Kembali, Ditambah Gelombang A/muda -PAS

MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, keputusan Pilihan raya Umum ke-13 ini yang berlangsung pada hari ini dapat memberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata, sekurang-kurangnya keputusan PRU 1999 kembali pada kali ini.

“Insya Allah, 1999 kembali, ditambah dengan gelombang anak muda,” ujarnya kepada wartawan selepas mengundi di Sekolah Kebangsaan Rusila, dekat sini, pagi ini.

Beliau yang bertanding di Parlimen Marang dan Dun Ru Rendang berharap perubahan yang berlaku kepada generasi muda itu memberikan kesan positif kepada PAS dan PR.

“Kita harap, insya Allah ini suatu perubahan. Kita telah bekerja, sekurang-kurangnya kita harapkan begitu, insya Allah, sekurang-kurangnya menang,” ujarnya  lagi.

Tambah beliau, sokongan kepada PAS dan PR kali ini bukan hanya melibatkan golongan muda sahaja bahkan kalangan bukan Islam termasuk para pemilih yang memberikan undi pada PRU lalu termasuklah perubahan dalam BN.

Ditanya tentang keputusan PRU13 ini, beliau berkata, “kita tunggulah petang, tunggu”.

Beliau juga berharap pilihan raya umum yang berlangsung pada hari ini berjalan dengan baik, adil dan bersih.

“Kita berharap (pilihan raya) berakhir dengan tenang,” katanya yang mula tiba di pusat mengundi berkanaan jam 7.55 pagi dan membuang undi pada jam 8.08 pagi. (Hrkh)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails