Friday, May 17, 2013

Kabinet Baru Najib Pinggirkan Wanita. -SU Wanita DAP


KUALA LUMPUR: Wanita DAP Kebangsaan kecewa kerana barisan Kabinet baru yang dibentuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seolah-olah meminggirkan golongan wanita.

“Cuma dua daripada 35 Menteri Kabinet adalah wanita,” ujar Setiausaha Wanita DAP Kebangsaan, Teo Nie Ching (gambar) dalam satu kenyataan dipetik Roketkini.

Katanya, perkara ini amat mengecewakan kerana BN sendiri dalam kempen mereka melaungkan mahu menetapkan sekurang-kurangnya 30 peratus pembabitan golongan wanita dalam proses membuat keputusan.

“Selain itu, di kala Perdana Menteri mahu kadar pengambilan tenaga kerja di kalangan wanita sebanyak 55 peratus pada 2015, malangnya kedudukan sekarang tidak banyak berubah dan hampir sama dengan 15 tahun lalu.

“Kita tidak dapat melihat berdasarkan situasi sekarang, bagaimana beliau (Najib) membuat sesuatu yang proaktif untuk memperbaiki keadaan ini,” ujar Nie Ching yang juga Ahli Parlimen Kulai.

Justeru itu, beliau berharap dengan adanya pelantikan Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat yang baru, Datuk Rohani Abdul Karim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri, kerajaan mampu untuk lebih memberikan pemberdayaan terhadap golongan wanita dalam memperjuangkan semua isu dan hak wanita. (Hrkh)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails