Tuesday, May 21, 2013

Kebenaran Tidak Semestinya Popular. -Nik Aziz


KL: “Saya membaca muka hadapan Sinar Harian hari ini yang melaporkan Kajian Pasca PRU13 yang menunjukkan bahawa Umno paling popular termasuklah di Kelantan,” tulis Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerusi facebook beliau. 

Justeru, bagi bekas Menteri Besar Kelantan itu, popular atau tidak, itu bukan soal utama. Beliau menegaskan, kebenaran tidak semestinya popular.

Bahkan, jelas beliau lagi, Rasulullah SAW di Mekah tidak popular tetapi setibanya di Madinah, baginda terus menjadi popular.

“Dengan seluruh jentera kerajaan digunakan untuk mempromosi Umno dan Barisan Nasional, siang malam televisyen tidak henti-henti menyiarkan propaganda, jika hanya setakat itu sahaja Umno popular, saya kira ini masih satu kegagalan buat Umno,” ujar beliau lagi. (Hrkh)

No comments:

Post a Comment