Pengarah
Pilihan raya PAS Kedah, Datuk Mohd Yusof berkata beliau "tidak nampak"
punca kekalahan Pakatan Rakyat di negeri disebabkan wujudnya
pergeseran antara Azizan-Phahrolrazi. Sebaliknya, kata beliau, kedua-dua pemimpin PAS itu mendapat majoriti yang tinggi dalam pilihan raya umum kali ini.
BN berjaya memenangi 21 kerusi untuk merampas Kedah daripada Pakatan Rakyat yang mendapat 15 kerusi. Bercakap
dalam satu sidang akhbar, Mohd Yusof berkata antara analisis awal
berhubung punca kekalahan Pakatan Rakyat di tujuh kerusi antaranya di
DUN Tanjung Dawai, adalah mengenai pertambahan undi tentera sebanyak
6,000 di Tanjung Dawai.
Dakwanya, dahulunya undi tentera itu menjadi undi pos di Belantik dan kini kembali semula di Tanjung Dawai. Manakala di DUN Ayer Hitam, faktor gerak kerja Datuk Mukhriz Mahathir yang "all out" untuk memberi cabaran sehingga menang dengan majoriti lebih 3,700 di DUN itu.
Selain itu, kekalahan PAS di DUN Kupang, Jeneri
dan Bandar Baru antaranya disebabkan "masalah dalaman" termasuk tiada
kata sepakat di kalangan pemimpin peringkat kawasan menyebabkan PAS
tidak mendapat sokongan padu daripada akar umbi. Kawasan lain yang gagal dipertahankan PAS ialah Bukit Lada dan Pantai Merdeka.
Selain
itu, di kawasan tersebut juga kekurangan pengundi cina yang boleh
membantu PAS dan Pakatan Rakyat mempertahankan kerusi tersebut. Mereka akan membuat post mortem untuk menentukan punca sebenar kekalahan parti itu.
"Kita
akan meneruskan perjuangan. Kekalahan sebenar dalam pilihan raya,
tetapi kekalahan sebenar adalah lari dari perjuangan untuk menegakkan
Islam bagi PAS dan tegakkan keadilan bagi parti lain (dalam Pakatan),"
katanya.
"Kita terimanya dengan penuh rasa syukur kepada Allah," katanya lagi. (MK)
Kenapa PAS apabila dapat menguasai negeri selain Kelantan tetapi hanya bertahan 1 penggal ?
ReplyDeleteSelain faktor prgeseran karenah dua exco PAS dgn MB mereka sndiri....faktor pnipuan SPR tidak boleh dnafikn.
ReplyDelete