▼
Saturday, May 04, 2013
Kempen UM-porNO Makin Meluas, Libatkan DAP Pula..
Hari ini Calon DAP Likaz Junz Wong telah difitnah berpoya-poya dengan ramai gadis dan menyebab ada yang mengandung. Rupanya bukan sahaja PKR dan PAS terkena sebarang bahan lucah, DAP pun tak terkecuali...
Calon DAP Likas Junz Wong pada mulanya enggan mempedulikan penyebaran gambar yang diubahsuai dengan mamaparkannya sebagai kaki perempuan di kalangan pengundi muda sekitar Kota Kinabalu melalui media sosial dan aplikasi mesej Whatsapp.
Tetapi apabila orang ramai mula bertanya sama ada beliau membayar dan kemudiannya meninggalkan gadis itu dalam keadaan mengandung, Wong memutuskan untuk bersuara.
"Tidak benar. Orang yang mendakwa melalui akaun Facebook tidak dikenali itu harus tampil ke depan jika betul, saya boleh bertanggungjawab tetapi ia tidak benar," katanya.
"Orang ramai kata saya bintang yang sedang meningkat naik dalam politik tetapi itu tidak menjadikan saya Romeo," katanya dalam sidang media semalam.
Gambaran grafik yang disebarkan memaparkan Wong, 33, dengan pelbagai wanita yang berbeza. Beliau mendakwa ia dipotong daripada gambarnya bersama sekumpulan rakan di Facebook.
Oleh TKOOffline
No comments:
Post a Comment