HALAMAN HIBURAN
SETELAH bersaing dalam enam konsert, akhirnya, peserta berasal dari Selangor, Mior Yazid Ahmad atau Mior diumumkan sebagai juara Kilauan Emas Musim Ketiga (KE3), malam tadi. Konsep rock yang dibawanya berjaya memenangi hati juri dan penonton dengan markah 29.5 peratus. Mior membawa pulang sebuah kereta Nissan Livina X-Gear, wang tunai RM 50,000, trofi dan hadiah sampingan.
Vokal penyanyi berusia 44 tahun ini memang tidak dinafikan apabila berjaya menggegarkan Auditorium MBSA ketika membawakan lagu Purnama dari kumpulan Search dan sebuah lagu baru berjudul Sampai Di Sini. Tempat kedua dimenangi Idris dengan 26.4peratus dan tempat ketiga menjadi milik Silah dengan 22.9 peratus. Masing-masing membawa pulang wang tunai RM 30,000 dan RM 20,000 berserta trofi.
Sementara peserta yang pernah menjadi tumpuan sebelum tersingkir pada konsert separuh akhir, Ros menerima anugerah khas, Personaliti Polident yang membawa pulang wang tunai RM 10,000. Pentas akhir KE3 ini jugak menyaksikan penampilan juara kilauan emas musim pertama dan kedua, Ali Norpiah serta Fuad.
Selain itu, guru vokal, Adnan Abu Hassan dan Siti Hajar turut membuat persembahan dengan menyampaikan lagu Kesederhanaan. Juri profesional, Ziana Zain pula menyampaikan lagu berbisanya, Berpisah Jua dan Dugaan Buatmu.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sila kaji balik, apa faedahnya persaingan 6 konsert tersebut di atas itu untuk pembangunan negara. Apalagi kalau dilihat dari segi pembangunan rohani insan, sesuaikah dengan kehendak Islam? Perlaksanaannya, sesuaikah dengan peraturan syariat? Bolehkah ianya menjadi amalan yang berguna di akhirat?
Kita sayang kalau amalan kita di dunia ini tidak jadi kebajikan di akhirat, tersangkut di dunia ini sahaja. Kosong di akhirat! Na a'uzubillah.. Sila betulkan..
Samalah mcm blog ibnu hasyim, sila kaji balik posting2 yang berbaur lucah dsb...sblm kritik org lihat diri sendiri. Sama2 kita perbetulkan kesilapan. jangan marah.
ReplyDeleteIBNU hASYIM DAH JELASKAN, CUMA KAMU YANG TAK FAHAM.
ReplyDeleteKEPALA OTAK UMNO, TAK BOEH TERIMA & TIADA ALASAN SYAR'E.
KepLa HOTAK KO plak cam ner...wakakaka...
ReplyDeleteHidup ini mudah.. hanya yang lurus dapat mengenal.. hidup jadi mudah jika kita menerima AL QURAN secara lurus tanpa mentaksir.. peringatan hamba pada umat di sini.. 'jangan sekali-kali menganggap mazhab Shafei itu Islam dan Islam itu mazhad Shafei'..
ReplyDelete