Friday, May 17, 2013

Lagi Pelakon Drama TV Berhijrah, Pakai Tudung & Menuju Sempurna, Insya Allah.

HALAMAN HIBURAN




SELEPAS mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya, Eja berasa dirinya lebih tenang.

"SAYA baru sahaja pulang dari mengerjakan ibadah umrah lima hari yang lalu. Alhamdulillah, pemergian saya ke Mekah kali ini telah membuka pintu hati saya untuk bertudung." 

Kata Siti Shahrizah Saifuddin atau Eja, pelakon yang mula dikenali menerusi drama bersiri Ejen 88 dan 44 kini sudah tampil dengan imej baharu.

"Tujuan saya ke sana adalah menjalani penggambaran drama bersiri RTM berjudul Balqis yang akan ditayangkan pada bulan Ramadan ini. Pada masa yang sama, saya berkesempatan mengerjakan umrah bersama suami dan anak," ujarnya memulakan bicara.

Menurut Eja, sebenarnya niat untuk mengubah penampilannya itu sudah mula difikirkan sejak dia menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-40 pada tahun lalu. Ujarnya, niat tersebut kemudiannya tertangguh begitu sahaja dan kini dia sangat bersyukur kerana telah dibukakan pintu hatinya oleh Allah untuk bertudung.

"Sebelum ini saya sudah tiga kali mengerjakan umrah sejak tahun 2008, tetapi tiada sebarang perubahan yang berlaku apabila pulang ke Malaysia dan saya masih kekal dengan imej dan penampilan yang sama.
"Bagaimanapun, ibadah umrah yang keempat ini telah memberi rahmat buat diri saya kerana telah diberi petunjuk dan berkat doa yang tidak putus-putus," jelasnya.

Ketika ditanya apakah yang membuatkan dirinya bertekad untuk terus bertudung, Eja memberitahu satu kejadian telah berlaku semasa hari-hari terakhir sebelum dia pulang ke Malaysia. Luahnya, ketika dia memandang Kaabah secara tiba-tiba timbul perasaan sayu, lalu membuatkan air matanya mengalir deras sehingga menimbulkan kehairanan suami dan anaknya.

"Ketika itu saya mula terfikir bahawa sudah tiba masanya untuk saya membuat perubahan kepada penampilan diri. Kemudian, saya memberitahu perkara ini kepada suami dan dia merupakan orang yang paling gembira," ujarnya.

Menurutnya, dengan perubahan yang dilakukan ini dia merasakan suasana yang lebih tenang dan sebagai seorang Islam menutup aurat itu merupakan salah satu kewajipan yang perlu dipatuhi.

Murah rezeki

Berkenaan dengan pandangan sesetengah pihak yang masih beranggapan karier seseorang pelakon wanita akan merudum setelah bertudung, Eja pula lantas menyangkal tanggapan sebegitu.

Ujar Eja, sama ada bertudung atau tidak setiap rezeki itu sudah ditentukan oleh Allah dan dia sendiri langsung tidak berasa risau kerana percaya masih ramai penerbit dan pengarah yang akan terus memberikan peluang lakonan.

"Walaupun saya kini sudah tampil bertudung rezeki saya masih lagi murah. Saya baru sahaja dilantik sebagai duta untuk produk Cosry Skin Therapy.

"Sebenarnya saya ditawarkan menjadi duta sebelum ke Mekah dan sebaik sahaja pulang ke Malaysia, saya memberitahu pihak Cosry yang kini saya bertudung. Namun begitu, mereka tetap bersetuju dan tidak kisah dengan penampilan saya sekarang," ujarnya.

Eja turut berpandangan bahawa setiap pelakon wanita yang bertudung tidak perlu risau untuk meneruskan karier lakonan kerana pihak dalam industri hiburan dan peminat kini sudah lebih terbuka.

"Lagipun, sekarang ini sudah ada beberapa saluran televisyen yang berbentuk keagamaan dan ia sudah tentu mampu menjadi platform buat artis sama ada pelakon atau penyanyi meneruskan kerjaya masing-masing.

"Sebagai contoh, kita boleh melihat penyanyi Siti Nurhaliza yang sudah bertudung, tetapi masih lagi diminati ramai. Jadi, pemakaian tudung ini seharusnya tidak menimbulkan sebarang isu," tegasnya.


KREDIBILITI. Eja tetap dilantik sebagai duta Cosry Skin Therapy biarpun selepas dirinya bertudung. 
Insya Allah, akan mennuju sempurna..

Sebelum ini...

3 comments:

  1. Alhamdullilah...tpi kaalau joint jemaah atau gerakan islam nanti ramai yg akan kata ustazah jadian. Kalau trusan kekal dlm maksiat..haa takpe. Itu le aqal org melayu.

    ReplyDelete
  2. Alhamdullilah..kalau baju tu longgar lagi anggun...

    ReplyDelete
  3. wow....ilmunya penuh didada nampak menonjol...

    ReplyDelete