Monday, May 13, 2013

Lagi, Selebrriti Mahu Berubah. Al-hamduillah! Mai sama-sama Doakan..

LISDAWATI mengakui dia mengubah penampilan dirinya secara perlahan-lahan tetapi sepenuhnya berhijab bermula Sabtu kelmarin.

HALAMAN HIBURAN

Lisdawati berubah untuk kebaikan diri

SETIAP manusia boleh berubah, sama ada seseorang itu menjadi lebih baik atau sebaliknya. Ramai dalam kalangan selebriti wanita berubah ke arah kebaikan, khususnya dengan berhijab. 

Terbaharu, tidak ketinggalan aktres dan isteri kepada aktor Fauzi Nawawi iaitu Lisdawati. Pada satu majlis pelancaran produk Selebriti Cosway di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor semalam, Lisdawati kelihatan anggun mengenakan hijab berwarna jingga. 
 
Kosmo! segera mendapatkan pelakon filem KL Menjerit ini. Ikuti temu bual bersama Lisdawati yang bercerita tentang perubahan penampilan dirinya ini.
Kosmo!: Sejak bilakah Lisdawati berubah (dengan berhijab)?

LISDAWATI:  Sebenarnya niat untuk berubah sudah lama. Jadi, saya lakukan ia secara perlahan-lahan dan tidak mahu ia (dilakukan) dengan tergesa-gesa.
Apa kata Fauzi Nawawi apabila Lisdawati kini berubah penampilan?

Dia terkejut dan tak sangka bahawa saya akan berubah (penampilan ) secepat ini. Bagaimanapun, dia sentiasa beri saya semangat dan dorongan untuk berubah menjadi lebih baik.

Kenapakah Lisdawati tiba-tiba ingin berubah penampilan?

Saya berubah ini bukanlah kerana siapa-siapa. Saya berubah atas dasar niat saya adalah kerana Allah. Saya tidak mahu masyarakat pandang serong dengan perubahan yang dilakukan oleh saya sendiri. Mulut orang kita tak boleh tutup. Jadi, saya berubah dengan pelahan-lahan. 

Pada mulanya, saya ubah dari segi pemakaian. Saya tidak lagi pakai pakaian yang seksi dengan semua pakaian saya bertutup dan longgar. Sebab itu saya cakap, niat memang ada tetapi saya buat semuanya perlahan-lahan. Saya suka untuk menjadi diri sendiri dan bukan orang lain.

Bagaimanakah pula dengan karier Lisdawati sebagai seorang pelakon selepas sudah mula berubah penampilan ini?

Saya tetap berlakon kerana ia adalah punca rezeki saya selama ini untuk saya sekeluarga. Jadi, tidak menjadi satu masalah apabila berubah penampilan dan meneruskan karier lakonan. Malah, kebanyakan watak-watak yang saya raih adalah watak ibu dan yang seumpama dengannya. 

Saya hanya fikir positif, saya cari rezeki untuk anak-anak dan nawaitu saya adalah untuk mencari rezeki. Jadi, saya tak kisah sebab itu adalah rezeki yang diberikan Allah kepada saya.

Apakah perancangan Lisdawati selepas ini?

Saya teringin sangat mahu buka perniagaan sendiri.
Perkembangan terbaharu Lisdawati?

Saya sudah berehat daripada aktiviti seni selama dua bulan dan mulai minggu hadapan saya akan mula sibuk dengan penggambaran sebuah telemovie. Selama dua bulan ini, saya sibuk jaga anak-anak, suami dan uruskan rumah.(Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Marilah kita sama-sama berdoa kejayaan untuk usaha suci mereka! Alhamdulullah! (IH/SUMBR kOSMO.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails