Friday, May 10, 2013

MB S'ngor: Azmin, Zuraidah & Shuhaimi Perlu Sedar Tiada Perjanjian..


Azmin Ali mahu tinggalkan Pakatan Rakyat? Adalah dipercayai bahawa 11 tokoh kanan Pakatan, yang dikatakan baru terpilih sebagai ahli Parlimen  akan menurut jejak langkah Azmin. Ketiadaan Azmin di perhimpunan raksasa Pakatan yang dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kelana Jaya, Selangor pada malam Rabu, turut menarik perhatian, begitu juga dengan tweet pedas Azmin mengenai program tersebut.
Tiada perjanjian MB S'gor mesti PKR
TIADA perjanjian yang mengatakan kerusi menteri besar Selangor mesti diperuntukkan kepada PKR sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan kemenangan di negeri itu, tegas Pemuda PAS Negeri.
Justeru Timbalannya Mohd Sany Hamzan meminta beberapa pemimpin PKR negeri, termasuk Azmin Ali tidak melatah serta "mencermin dan sedar diri" sendiri sebelum membuat kenyataan berhubung perkara itu.

"Pemuda PAS negeri Selangor menganggap kenyataan (pemimpin PKR negeri) Azmin Ali, Zuraida Kamaruddin dan Shuhaimi Shafiei yang menekankan bahawa kerusi MB Selangor adalah kerusi tetap PKR adalah ibarat orang tamak haloba yang tidak sedar diri terhadap kemampuan diri kendiri.

"Mungkin PKR Selangor masih bermimpi yang mereka masih memenangi kerusi DUN Selangor melebihi PAS dan DAP," katanya merujuk kepada keputusan pilihan raya umum ke-13 pada Ahad lalu.

Pakatan berjaya menewaskan BN dengan kemenangan PKR sebanyak 14 kerusi serta PAS dan DAP masing-masing 15 kerusi.

PKR sebelum ini parti dominan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi keadaannya kini berubah, sehingga dispekulasikan rakan Pakatannya dari PAS berminat sama. (Malysiakini)

12 comments:

Anonymous said...

PASTIKAN MB SELANGOR DARI PAS,TUNJUKKAN KEBOLEHAN PARTI ISLAM MEMERINTAH NEGERI TERMAJU DI MALAYSIA.LAKSANAKAN SYARIAT ISLAM TEGAKKAN HUKUM HUDUD

MATLAMAT KITA IALAH TERTUBUHNYA BALDATUN TOYYIBAH WA RABBUN GHAFUR

Anonymous said...

PASTIKAN MB SELANGOR DARI PAS,TUNJUKKAN KEBOLEHAN PARTI ISLAM MEMERINTAH NEGERI TERMAJU DI MALAYSIA.LAKSANAKAN SYARIAT ISLAM TEGAKKAN HUKUM HUDUD

MATLAMAT KITA IALAH TERTUBUHNYA BALDATUN TOYYIBAH WA RABBUN GHAFUR

Anonymous said...

kelayakan dah terbukti,kenapa nak rebut sedangkan TGHA dah setuju. selagi tak rugikan islam. pas akan pantau insyaallah, tak payah layan la org nak lagakan. henti kan la mcm tak tau la plak taktik basi di sebelah sana.SELAGI TAK RUGIKAN ISLAM selagi tu pas sokong tapi kalau asyik tgk TV3 selagi tu tak berkembang minda.

Anonymous said...

Pasal jawatanpun nak berebut.Baru 5 thn perintah dah buat kecoh. Hari tu cakap Keadilan dan PAS tak gila kuasa, berkhidmat utk rakyat. Ni apa dah jadi. Kalau betul utk rakyat, siapa yg jadi MB, sokong sajalah asalkan org islam dan ada integriti.

Anonymous said...

penyokong2 bawahan sampai ada yg cedera kena tetak, kena pukul, kena belasah. Pemimpin atas pulak nak buat hal. Ini politik murahan, baik tak payah undi.Ada pengundi PR yg kerja di Johor,dan di Utara, tetap balik undi di Selangor sebab nak kalahkan BN. Ini apa jenis pemimpin, sama mcm spisis katak Zul Kulim, Braheng Ali & sewaktu dgnnya. Pentingkan diri sendiri.

Anonymous said...

PR sebok nak bawa kes tipu PRU 13 ke Mahkamah, nak tuntut keadilan, puak2 ni sebok nak keluar parti. Kenapa perlu ada sengketa, bermesyuarah dgn baik dan selesaikan dgn bijak. Ataupun berilah jawatan MB kpd Azmin, selesai masalah perpecahan ok!!!

Kuda Perang said...

Ambo nk Tan Sri Khalid!

Unknown said...

Bahlol punya puak2 ni, Para pendukung bermandi oeluh dan keringat untuk jatuhkan BN, depa bila dah menang, macam sial.... Namun aku harap perkara ni tak berlaku.... Harap DSAI beri pencerahan kepada orang yang di bawah dagu dia ni....

Unknown said...

Walau aku ORang Hijau, namun pada ketika ini masih berharap Tan Sri Khalid menerajui lagi untuk penggal kali ini.

Unknown said...

Walau aku ORang Hijau, namun pada ketika ini masih berharap Tan Sri Khalid menerajui lagi untuk penggal kali ini.

Anonymous said...

Harley-davidson Tvs 720p As contrasted with 1080p

Check out my web page: Epson Powerlite Home Cinema 5020UBe

Anonymous said...

Appropriate Try to get When Obtaining Stereo Audio systems

My site - show

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails