Wednesday, May 22, 2013

Meriahnya Pesta Seks Di Negara Islam M'sia..


FotoANTARA wanita warga asing dan bapa ayam yang ditahan.
 
LIHAT berita di bawah ini..
Sorok bawah tanah
 
Johor Bahru: Cubaan seorang bapa ayam menyembunyikan empat wanita disyaki terbabit dengan kegiatan persundalan di dalam bilik rahsia bawah tanah di sebuah premis tidak bernombor di Jalan Trus, di sini, tidak berjaya apabila lokasi sulit itu dikesan pihak berkuasa, semalam.

Dalam operasi itu, 12 wanita warga Indonesia berusia antara 23 dan 34 tahun ditahan bagi membantu siasatan, jam 1.05 pagi. Ketua Operasi Penolong Pengarah Imigresen Masri Adul berkata, serbuan itu kali kedua dilakukan pihaknya selepas kali pertama, awal bulan ini.

Menurutnya, pada serbuan kali pertama, pihaknya turut menahan beberapa wanita warga asing dipercayai terbabit dalam kegiatan persundalan.

“Apa yang dikesalkan, pengusaha premis itu tidak mengendahkan amaran pihak berkuasa kerana siasatan berhubung serbuan pertama belum selesai. (myMero)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails