KUALA LUMPUR: PAS tidak mungkin bergabung dengan Umno
membentuk satu pakatan politik, sebalik parti Melayu itu diseru bersama
PAS bagi memperjuangkan prinsip dan dasar Islam yang selama ini
diabaikan parti itu, tegas Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan
Ibrahim Tuan Man.
Katanya, isu perpaduan antara PAS dan Umno akan
timbul setiap kali menjelang dan selepas pilihan raya umum terutama
apabila keputusan pilihan raya itu meletakkan Umno dalam keadaan
kritikal.
“Sedangkan sewaktu Umno ‘kuat’, isu perpaduan ini
tidak pernah timbul. Ini hanya mainan Umno untuk tutup kelemahan dan
tagih simpati rakyat,” ujar beliau sebagaimana dilaporkan Harakah. (IH)
Muslimah Pas dgn wanita umno- tengok pakaian dan akhlak pun berbeza. Pemuda Pas dgn pemuda umno, artis pas dan artis umno, bangsa je sama- tetap berbeza pikior dan amalnya
ReplyDelete