Thursday, May 30, 2013

Pelajar Berzina Bergilir-gilir, Masih Baik Dasar Pelajaran M'sia?


LIHAT berita ini, seorang pelajar di bawah umur, sama-sama berhibur melakukan najis zina, akhirnya report polis diperkosa beramai-raman... Apakah ini masih tidak boleh dipersalahkan kepada dasar pelajaran dan persekolahan Malaysia yang pincang?
Ini beritanya..

[  5 lelaki perkosa remaja bergilir-gilir
Klang: Kegembiraan seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah, di sini, menghabiskan waktu selepas sesi persekolahan dengan bertemu kawan lelakinya bertukar detik hitam dalam hidupnya apabila dia dirogol remaja terbabit dalam sebuah rumah di daerah ini, 23 Mei lalu.

Lebih malang, pelajar berusia 13 tahun itu turut dirogol empat lagi rakan temannya itu termasuk dua daripada mereka adalah adik beradik dalam dua kejadian berasingan dalam rumah berkenaan, lebih menyedihkan mangsa dirogol secara bergilir-gilir. Kejadian menakutkan itu berlaku selepas mangsa terpedaya dengan helah seorang daripada remaja itu yang membawanya ke sebuah pasar raya di Pandamaran jam 1.30 petang.

Sebaik tiba di situ, remaja itu bertemu dengan dua remaja lelaki lain dipercayai rakannya lalu membawa mangsa ke rumah seorang daripada mereka di kawasan berhampiran. Sumber berkata, sebaik tiba di rumah berkenaan, mangsa diminta berehat dalam bilik selain diarahkan agar tidak membuat bising manakala semua remaja itu meninggalkan mangsa kononnya untuk melepak di luar.

Bagaimanapun, kira-kira jam 3.30 petang, ketiga-tiga remaja itu pulang semula ke rumah sebelum masuk ke bilik mangsa yang ketika itu dikatakan sedang tidur.

“Remaja itu kemudian mengetuk pintu bilik menyebabkan mangsa terjaga sebelum diminta melayan nafsu ketiga-tiga remaja berkenaan secara bergilir-gilir,” katanya.

“Mangsa sekali lagi diminta pula melayan nafsu dua lagi remaja lain yang turut tinggal di rumah berkenaan.
“Selepas semua mereka selesai melempiaskan nafsu, mangsa dihantar pulang ke rumahnya dan diminta merahsiakan kejadian itu daripada pengetahuan sesiapa,” katanya.

Harian Metro difahamkan, mangsa dihantar pulang oleh rakan sama yang membawanya dari sekolah kira-kira jam 11.30 malam dan mangsa memaklumkan kejadian itu kepada ahli keluarga yang kemudian membuat laporan polis. Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop sewaktu dihubungi mengesahkan laporan daripada mangsa.  ]

Kembalilah kepada dasar pelajaran Islam, yang membawa kemajuan dunia akhirat! (IH)

4 comments:

Anonymous said...

tajuk mcm ni???kan dia dirogol...knp tulis berzina?hrp dpt ubah tajuk...jgn sampai kita menuduh pulak....
sekadar ingatan...maaf klu saya salah

Anonymous said...

Baca bebetul.. Dia zina suka-sama suka. Dikatakan rogol kerana bawah umur. Berapa 'bawah umur' dalam Islam?

Cukup baligh. Gadis 13 tahun itu cukup baligh atau tidak? Hah, nilai sendiri.

Kalau belum baligh, kena rogol begitu, balik ke rumah merangkak... Pun belum tentu sampai rumah.

Bayangkan, kalau tidak suka sama suka. Ini tidak, boleh rilek lagi, nak cuba sorok dari ibu bapa.

Mungkin Ibnu Hasyim pandang dari sudut itu..

Maaf Bong Ibnu, ana jawab bagi pihak anta, Ana kenal anta lama..

Ibnu Hasyim said...

T/kasih

Anonymous said...

apa2lah....tak kena pada diri sendiri mmg boleh cakap camni... bila budak boling tu hakim lepaskan semua bising,,, ini pulak bergilir2...dikatakan sbgai suka sama suka...kan dia dikurung? kemonlah...semata2 sebab dia dah 13 thn dah baligh?klu ye pun dia dah baligh, siasat dulu baru boleh kata zina atau rogol, jgn buat conclusion sendiri,,, kenal lama tak semestinya tau...ingat tu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails