Antara lain, dikatakan terdapat usaha melobi yang bersungguh-sungguh supaya Azmin Ali - pengkritik paling keras terhadap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim - mengisi jawatan exco kanan negeri.
Bagaimanapun, Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin
(kiri) berkata, ini bukan untuk mengawal Khalid atau sumber-sumber negeri, tetapi untuk memastikan bahawa dasar-dasar Pakatan Rakyat yang lebih baik diterjemahkan di peringkat negeri.
Katanya, cadangan itu dibuat kerana menurutnya negeri itu tidak memainkan peranan yang secukupnya dalam tempoh lima tahun yang lalu.
Dalam pilihan raya umum ke-14, kata Zuraida, pihaknya berharap akan mendapatkan sokongan yang lebih kukuh dari syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan rangkaian kerajaan, yang kini tidak banyak memberi sokongan.
Sama ada ini akan menjadi kenyataan akan bergantung kepada Khalid yang mempunyai kata putus.
Menteri besar dipercayai menentang langkah PKR negeri itu, dengan mendesak Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menjadi pendamai antara beliau dan kepimpinan PKR Selangor.
Zuraida berkata, beliau telah mengemukakan hujah-hujahnya, "tetapi prosesnya ialah "kami mencadangkan dan beliau yang memutuskannya".
Penyandang dari PKR dijangka digugur
Dijangkakan tidak seorang pun penyandang jawatan exco PKR akan dikekalkan jawatan mereka kerana kepimpinan PKR Selangor mahu "memberi peluang kepada orang baru".
"Kita mahu memberi semua orang peluang. Hanya dengan itu kita akan tahu siapa yang lebih baik. Kita adalah sebuah parti reformis, jadi kita percaya bahawa dengan muka-muka baru, akan datang idea-idea baru," katanya.
Ini bermakna ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong, yang dilihat sebagai penyokong kuat Khalid, tidak akan dilantik semula.
Penggal lalu, PKR mempunyai empat anggota exco, termasuk ADUN Seri Andalas Dr Xavier Jeyakumar, ADUN Kota Anggerik Yaakob Sapari dan ADUN Batu Tiga Rodziah Ismail
Selangor PKR mahu Azmin, yang merupakan pengerusi PKR negeri dan
timbalan presiden PKR, mengisi jawatan exco kanan kerana senioriti beliau dalam parti.
Dengan memegang jawatan exco kanan, ia dilihat membolehkan Azmin mengawasi portfolio yang mentadbir sumber-sumber yang banyak di Selangor, termasuk tanah, pelaburan dan infrastruktur.
Zuraida enggan menamakan dua calon, tetapi menurut spekulasi, PKR Selangor sedang melobi untuk ADUN Batu Caves, Amiruddin Shari dan ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Zuraida berkata PKR, yang akan mengisi tiga jawatan exco, juga mengambil "nasihat" istana supaya lebih ramai wakil Melayu dalam barisan exco bagi "mengimbangi komposisi kaum".
Bagaimanapun, katanya, PKR akan mempunyai seorang ahli exco bukan Melayu dari kalangan wakil Cina dan India, bergantung kepada senarai akhir calon exco DAP.
DAP hari ini dinamakan ADUN Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Khim dan ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah sebagai exco pilihan parti itu dan seorang lagi belum dinamakan.
Orang yang ketiga yang dispekulasikan ialah sama ada ADUN Kota Alam, V Ganabatirao atau ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh (kiri).
Walaupun Xavier adalah sebahagian daripada barisan exco penggal lalu, tetapi dipercayai beliau akan dilantik semula jika DAP tidak memilih Ganabatirao.
Ahli exco dijangka mengangkat sumpah minggu depan, dengan Khalid dipercayai akan memuktamadkan senarai excp hujung minggu ini. (MK)
4 comments:
Rakyat dan pengundi sedang memerhatikan gelagat YB2 semua.....jangan kerana pertelingkahan ini menyebabkan rakyat akan tolak anda semua ranap hancur dalam PRU14 nanti...seperti apa yg berlaku di Kedah....punah ranah.....jika ada perselisihan janganlah dihebahkan kepada media.....rakyat akan meluat dan hilang kepercayaan.....INGATLAH.....
Bengong betul Zuraida ni, hilang hormat aku kat dia. PRU 14 nanti, jgn ambil dia jadi calon
pigi jalanlah dengan dia
nenek kabayan giler ni selalu buat hal, anwar brahim patut nyahkan nenek kebayan yang dok sedor diuntung nie,,, nenek kebayan lu bleh balah atau rakyat yang halu u nanti...
brp byk jwtn yg korg nak? dah jadi ahli parlimen, adun, pengerusi negeri, naib presiden dan nak tambah pula nak jadi exco. puak munafiq yg hayal yg mengejar dunia ni tak habis2 mendahului diri mrk drp kepentingan rakyat. sila baca tulisan aspan alias yg menyebut presiden pas, azmin ada ura2 utk menubuhkan kerajaan perpaduan dgn umno dimana mb adalah dr pas.
Post a Comment