Friday, May 17, 2013

PPIM Guna Nama Islam Bodek UMNO Perlu Diboikot!




NGO
yang menguruskan hal ehwal orang Islam seperti Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sepatutnya dapat membezakan antara Rasis dengan Islam.  Apabila NGO ini membiarkan ianya diresapi oleh juak-juak UMNO, maka perjuangan NGO ini sudah menyimpan dari landasan sebenar.

NGO ini sepatutnya berorganisasi seperti CAP yang diterajui oleh SM Idris. CAP yang berpusat di Pulau Pinang sering kali menegur kerajaan PR atas dasar pemeliharaan alam semula jadi. CAP juga banyak menegur dasar kerajaan Pusat terutama hak pekerja,pengguna dan sebagainya.

Dalam bab tegur menegur, CAP tidak pilih bulu samada BN atau PR. Ini barulah organisasi professional. Sekonyong-konyong PPIM yang diterajui oleh Datuk Nadzim Johari mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman. Inikah NGO yang berteraskan Islam ?

Suatu yang menjengkelkan apabila Nadzim ajak umat Islam boikot perniagaan Cina yang sokong pembangkang. Marah betul Nadzim kepada pembangkang. Emosinya Nadzim seperti calon Rasis PERKASA Shah Alam yang kalah teruk dalam PRU 13!

Tahukah Nadzim, pembangkang yang turut didanai oleh orang Cina termasuk PAS. PAS adalah parti Islam. Bukan sekadar DAP dan PKR sahaja. Dan tahukah Nadzim syarikat-syarikat Cina yang tidak membantu pembangkang adalah Magnum, Genting,Astro, Da Mai Cai. Semua syarikat ini adalah kroni Mahathir dan syarikat perjudian.

Oleh itu seruan PPIM seolah menyeru orang Islam/Melayu memboikot syarikat Cina yang sokong PAS,DAP dan PKR manakala terus mengunjungi Magnum, Kedai Nombor Ekor kerana syarikat judi ini banyak mendanai UMNO dan BN dalam PRU 13. Dulu,kini dan selamanya!

Elok tukarlah nama Persatuan Pengguna Islam Malaysia kepada Persatuan Pengguna Melayu UMNO. PPIM jangan cemarkan nama Islam demi mengampu kepada UMNO!

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sokong judi ke?"

 


Sebelum NGO Islam ini menggesa orang Melayu memboikot syarikat-syarikat Cina di Malaysia ini , lebih baik NGO Islam ini menggesa umat Islam terutamanya orang Melayu memboikot syarikat judi berlesen dan syarikat arak berlesen milik orang Cina yang lembaga pengarahnya pun ada di kalangan orang Melayu Islam.

"Kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak"


Utusan Malaysia 15 Mei 2013

NGO Islam gesa boikot produk syarikat biayai himpunan haram


Tindak tanduk sebahagian besar anak muda kaum Cina yang telah menyertai tiga perhimpunan haram bagi membantah keputusan Pilihan raya Umum ke-13 (PRU-13) menyebabkan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam mula bertindak balas.

Mereka menggesa rakyat memboikot beberapa produk keluaran syarikat milik kaum tersebut yang dipercayai turut menyumbang dana bagi menjayakan perhimpunan haram tersebut.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan ketika memberi kata dua itu menegaskan, tindakan itu perlu kerana syarikat-syarikat berkenaan menjadi penyumbang dana menjayakan agenda perpecahan rakyat di negara ini.

Malah, beliau cukup bimbang selagi mereka memberi sokongan dengan menyertai siri perhimpunan haram pembangkang itu, perbuatan itu akan mengundang kejadian tidak diingini serta menggugat keharmonian 


Komen Weblog Ibnu HasyimPerukah PPIM, persatuan yang mnggunakan nama Islam untuk membodek UMNO diboikot?

2 comments:

  1. "Tahukah Nadzim, pembangkang yang turut didanai oleh orang Cina termasuk PAS. PAS adalah parti Islam."

    PAS parti Islam? Betul ke? Guna saja title Islam tapi perangai tak Islam pun. Cuba lihat balik kronologi peristiwa dari 2008 hingga sekarang, jika hati anda tak buta anda akan nampak siapa sebenarnya PAS. Rajin-rajinlah membaca ye...

    ReplyDelete
  2. PAS pulak guna nama Islam hanya untuk dapatkan sokongan politik. Lagi JIJIK

    ReplyDelete