Monday, May 13, 2013

Presiden PAS Minta TG Nik Aziz Kekal Pesuruhjaya K'tan.

 
KOTA BHARU: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kekal memegang jawatan Pesuruhjaya PAS negeri Kelantan seperti mana biasa.

Bercakap kepada Harakahdaily Tuan Guru Abdul Hadi berkata, hasrat itu disampaikannya kepada bekas Menteri Besar Kelantan itu pada pertemuan dengan TG Nik Aziz sendiri di JKR 10, pagi tadi.

Menurut Abdul Hadi, perjuangan PAS khususnya di Kelantan masih memerlukan idea serta pandangan dari Tuan Guru Nik Aziz sebagai seorang yang mempunyai ilmu agama. Pertemuan secara tertutup itu turut dihadiri isteri Tuan Guru Abdul Hadi, Toh Puan Seri Zainab.

Sehubungan itu katanya, Tuan Guru Nik Aziz yang kini sudah melepaskan jawatan mneteri besar, dinasihatkan menggunakan ruang masa yang ada untuk menjaga kesihatan.

"Kena banyak rehat. InsyaAllah kerana perjuangan Islam ini memerlukan orang sepertinya.

Dua hari lalu Tuan Guru Nik Aziz menyatakan hasrat bersedia untuk melepaskan jawatan pesuruhjaya PAS negeri kerana berpendapat lebih wajar jawatan tersebut dipimpin menteri besar.

Semntara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Awang juga, mengunjungi Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaacob, di pejabat Menteri Besar pagi tadi. Tuan Guru ditemani Setiausaha Politiknya Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, meluangkan masa kira-kira setengah jam bertemu Menteri Besar baru itu.

Kunjungan itu antara lain bagi merakamkan tahniah kepada Ahmad atas perlantikan beliau serta kepada kerajaan Kelantan yang masih mengekalkan kemenangannya masuk tahun ke 23. Selepas itu, Tuan Guru Ahbdul Hadi juga turut mengadakan pertemuan dengan anggota exco kerajaan negeri yang baru di bilik mesyuarat Menteri Besar.

(IH/Hrkh)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails