HALAMAN HIBURAN
Veteran Umno desak kaji semula program hiburan
Setiausaha Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub berkata, semua pihak yang bertanggungjawab seperti stesen Televisyen, media cetak, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Belia dan Sukan, Jakim, majlis-majlis agama Islam, Majlis Fatwa Kebangsaan dan NGO-NGO Islam didesak supaya dapat mengadakan satu diskusi bagi mencari jalan terbaik membetulkan keadaan ini.
Menurutnya, perkara ini perlu diberi perhatian serius kerana hampir keseluruhan penonton dan peminat program-program seperti ini orang Melayu.
“Veteran bukan anti hiburan, tetapi mesti ada satu garis panduan supaya program-program itu tidak sampai melalaikan dan melekakan golongan muda-mudi Melayu. Bayangkan satu program yang akan diadakan pada jam 9 malam, pengunjung telah memenuhi lokasi hiburan itu sejak jam 4 petang. Masa mana mereka solat Asar dan Maghrib?
“Selain itu program-program itu juga menggalakkan muda-mudi bercampur tanpa had dan sekatan. Ini melibatkan soal moral dan anasir-anasir lain yang boleh menghancurkan pembinaan sahsiah muda-mudi Melayu Islam yang rapuh,” katanya semalam.
Katanya lagi, fenomena suka berhibur dalam kalangan orang Melayu amat membimbangkan dan ia adalah salah satu faktor hilangnya jati diri kerana terlalu terdedah kepada bentuk hiburan yang tidak terkawal dan melampau.
“Muda-mudi Melayu tidak kisah dengan perkembangan negara. Apa nak jadi kepada negara ini mereka tak peduli. Mereka tidak tahu pun nama Menteri Komunikasi dan Multimedia, tapi mereka peduli dengan artis idola mereka.
“Mereka boleh menghafal puluhan lagu-lagu kegemaran mereka, tapi mereka amat sukar untuk mengingati ayat-ayat surah pendek dalam al-Quran untuk solat mereka,” katanya. (SH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Shabas! Weblog ini sokong Veteran UMNO dalam hal hiburan ini.. Jalan keluarnya, mesti diambil garis panduan hiburan menurut Islam. Tetapi, adakah pemimpin no1 UMNO akan beri laluan? Bayangkan, kalau isteri PM dilantik sebagai pemangkin ke arah itu?
baru sedaq ke veteran meno ooiii.
ReplyDeleteMuda mudi melayu dah lama layu dek dadah, arak, seks bebas.
Lagi satu veteran umno tolong habaq kat menteri yg jaga tv tu, cerita-cerita yg 'cakap melayu' tu tolonglah bercirikan islam bukan cakap melayu kelaku omputih.
xlaghat nak habaq kat anak 'depa melayu tapi xislam' ...boleh kta lagu tu ka!
Sorry Ibnu Hasyim, ganggu!
Veteran amno dh risau sbb sikit lg akn masuk dlm tanah..jd generasi ini le yg akan meludah kubur mereka nnti krn tidak beri perhatian kepada belia waktu mereka ada kuasa dulu..
ReplyDelete
ReplyDeleteDengan UMNO boleh bagi tahu sahajalah jawabnya,na bertindak jauh panggang dari api,Kita lihat satu persatu scenario kepimpinan bawahan bagi shor diperhimpunan Umno disuatu masa dahulu dari wakil agama terhadap Television menyiar gambar yang menyalahi dan merosakkkan akhlak anak muda,bukan berkurang tetapi melebehi paras rosak minda dan akhlak lagi bertambah adalah.