Friday, May 03, 2013

PRU 13: Allah Tunjuk 2 Jenis Manusia, 1 Pemaaf & 1 Bebal. Pilih Mana?

Siti Mariah Mahmud
Dr Siti Mariah binti Mahmud calon PAS/PR Parlimen P111 Kota Raja

DALAM PRU 13 ini, Allah SWT tunjukkan banyak gelagat-gelagat manusia, antaranya  manusia pemaaf dan manusia bebal.


SATU: 

Undilah Dr Siti Mariah Yang Pemaaf.. Mengapa?



MASIHKAH ingat mamat ni (gambar disebelah) yang fitnah Dr Siti Mariah dan beberapa YB dari PR kononnya mempersendakan Raja-raja Melayu?...

Seperti biasalah sama ada bertaraf facebooker maupun blogger asalkan berjiwa dan berdarah UMNO hebat mencabar supaya disaman, apabila disaman terus melutut minta maaf..

Ini adalah kenyataan Dr Siti Mariah binti Mahmud calon PAS/PR Parlimen P111 Kota Raja mengenai permohonan maaf pemfitnah bergelar doktor berjiwa pekat UMNO.
 

Alhamdulillah, kes saman malu saya ke atas Dr Kadir Rahman selesai di Mahkamah Tinggi KL pada 30hb April 2013.

Saya tak sempat nak masukkan ke FB ni kerana sibok dengan pgm kempen PRU13 di Parlimen Kota Raja. Syukur nama saya sudah dibersihkan daripada fitnah seperti yang tertulis di dalam blog beliau bertajuk "APABILA RAJA DIJADIKAN JENAKA" pada 11hb April 2012.

Saya telah mengemukakan saman malu terhadap beliau melalui Tetuan Abdul Aziz & Yazmin pada 20 hb September 2012. Kes ini saya kira selesai dengan permohonan maaf defenden yang direkodkan di Mahkamah Tinggi KL 30/4/2013 seperti berikut:

[Saya menyatakan bahawa Nota tulisan bertajuk "APABILA RAJA DIJADIKAN JENAKA" yang disiarkan dan/atau diterbitkan di dalam akaun Facebook pada 11/4/2012 yang telah menamakan DR SITI MARIAH BINTI MAHMUD adalah tidak diniatkan atau dimaksudkan ke atas DR SITI MARIAH BINTI MAHMUD. Sekiranya DR SITI MARIAH BINTI MAHMUD merasakan beliau telah dimalukan, maka Defenden memohon maaf.]


Saya harap beliau belajar dari kesilapan beliau. Dalam ghairah menulis dalam FB, jangan sampai mengaibkan dan memfitnah orang. Saya mengambil langkah menyaman beliau kerana tindakan beliau telah menyebabkan tulisan beliau dipetik oleh blogger dan juga Utusan Malaysia selama beberapa hari tanpa usul periksa. Saya harap tiada lagi ulang siar berita sebegini mengenai diri saya. 

 
Blogger2 dan Facebookers yang memanjangkan tulisan beliau dan juga mengutuk saya, saya maafkan kali ini. Saya mengambil contoh dari Tok Guru Nik Aziz yang memaafkan sesiapa yang memfitnah beliau supaya di hari akhirat nanti saya tak perlu tunggu terlalu lama di dalam proses pengadilan. Insyaallah.


Saya mengucapkan terima kasih kepada Tetuan Abdul Aziz & Yazmin kerana berjaya mendapat permohonan maaf ini dan membersihkan nama saya sebelum Hari Mengundi pada 5hb Mei 2013 ini.

 
Dr Siti Mariah binti Mahmud
(Diangkat dari omakkau.blogspot )

DUA:

Tengku Adnan Buat Lawak Bodoh!!
oleh WTKO

Muhammad Khairul Hafiz Abdullah (kiri) bersama calon Barisan Nasional (BN) Parlimen P125 Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ...menunjukkan salinan laporan polis dan gambar menunjukkan bendera, manifesto dan wang 
...setelah sekumpulan pihak yang tidak dikenali datang ke rumahnya untuk memujuk beliau supaya membenarkan jarinya dicalit dengan dakwat 
...atas alasan untuk memudahkan proses pengundian, Ahad ini ketika di Presint 9 di sini hari ini.

Tengku Adnan kalau nak menipu pun biarlah pakai kepala hotak!! Kalau aku kata bodoh nanti kata aku berkasar dengan puak-puak UMNO pulak. Tapi memang Tun Mahathir kata yang tinggal dalam UMNO semua bodoh tonggong!!

Kenapalah polis ambil repot "ORANG GILA" ni!!
Buat habis beras aje...

1. Ayat dalam report polis "sekumpulan yang tidak dikenali" tapi kumpulan itu bagi bendera PAS.

2. Boleh ambil gambar semuanya, tapi tak boleh ambil gambar sekumpulan yang tak kenali.

3. Nak calit buat apa bagi manifesto dan bendera?? Nak suruh pasang atas kepala Tengku Adnan ke?? KAH KAH KAH

LAWAK PALING BODOH
OLEH ORANG YANG MENGELABAH
KERANA TAKUT KALAH!!!!


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sebenarnya Tengku Adnan tidak bodoh dan tidak gila. Cuma melihat sikap di atas, ada orang kata,lembu agak cerdik sikit dari dia, dari beberapa sudut. Mungkin beliau cuma bebal dan panas baran sahaja. Penyakit orang-orang mewah di koa-kota.

Bebal dan panas baran itulah yang melahirkan sikap di atas kerana seperti kata pantun Melayu..

Melukut di tepi gantang
Buka sanggul cari kutu,
Sebab takut akal pun hilang
Tunggul disangka hantu.

Takut apa? Klik e-buku ini..
 E-Buku IH-69: PAS (PR) Bebaskan Putrajya.
  E-Buku IH-69: PAS (PR) Bebaskan Putrajya. 

Jadi, dalam PRU 13 ini, Allah SWT telah menunjukkan sikap-sikap manusia antaranya pemaaf dan bebal.  Pilih jangan tak pilih! Kalau mahu pemimpin pemaaf seperti yang pertama di atas...

1 comment:

ayahman said...

Depa semua tu bebal Mat.....puak bn le

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails