Monday, May 06, 2013

PRU 13: BN Menang, PR Menolak Keputusan Itu -DS Anwar



 
PROSES penjumlahan undi bermula seawal jam 6 petang di pusat 8,245 pusat pengundian di seluruh negara yang dengan diperhatikan oleh ejen calon parti masing-masing, telah memberi keputusan, iaitu Parlimen: BN 129, dan Pakatan 80. Hal ini diumukan kira-kira pada pukul 2.22 pagi sebentar tadi.

Sebelum itu, bagi peringkat Negeri pula, BN menang di Perak dan Terengganu dengan majoriti tipis. Di Perak BN 31, Pakatan 28. Di Terengganu BN 17, Pakatan 15. Sementara itu, Pakatan Rakyat hari ini menolak keputusan pilihan raya umum ke-13 yang memihak kepada BN.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, ini kerana terdapat penipuan dan penyelewengan pilihan raya. Bercakap dalam sidang media di Kuala Lumpur sejurus selepas keputusan diketahui, Anwar berkata, selagi SPR tidak menjelaskan dakwaan penipuan dan pertikaian diselesaikan, baginya BN hanya menang tipis.

Kira-kira pukul 12.45 pagi tadi, BN sudah melepasi jumlah 112 kerusi Parlimen, yang sekali gus mengesahkan kemenangan gabungan itu. Setakat berita ini ditulis, keputusan muktamad masih belum dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Demikian Lapor Malaysiakini. (IH)

3 comments:

Seri said...

dah kalah ikut cara orang kalah la...dari dulu sampai sekarang dia juga yang selalu buat hal kalau kalah...

dengan dap pun dia tak boleh saing nak cerita apa...

Anonymous said...

sblom komen pkai otak la bro..mng ngan cara penipuan.??baik kalah ngan bermaruah..hahaha..loser..

Unknown said...

bak kata perpatah, YANG MENANG MENCARI JALAN, YANG KALAH MENCARI ALASAN........... WKWKWKWKW

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails