Media Antarabangsa: Kemenangan BN dibantu oleh 4 penipuan utama
"Pakatan memperolehi 5.62 juta undi berbanding BN hanya 5.24 juta.
MEDIA Indonesia, Pesatnews.com melaporkan, himpunan besar-besaran di Malaysia Rabu lalu bagi menuntut supaya Datuk Seri Najib Razak berundur sebagai Perdana Menteri, mirip demo bantahan rakyat negara itu yang mahu bekas Presiden Soeharto digulingkan.
Menurut laporan tersebut semalam, himpunan raksasa itu majoritinya dihadiri golongan muda, menuntut perubahan dan menolak penipuan pilihan raya yang berlangsung 5 Mei lalu. Pada Pilihan Raya Umum ke-13 itu, BN menang dengan 133 kerusi Parlimen daripada 222, berbanding Pakatan 89 kerusi Parlimen.
Bagaimanapun, kemenangan BN itu dibantu dengan 4 penipuan utama:
- Isu dakwat kekal yang luntur,
- Pengundi hantu,
- Pengundian berulang kali, dan
- Warga asing yang turut mengundi kerana diberikan kad pengenalan.
“Anehnya,
dalam pilihan raya yang dinilai penuh kecurangan tersebut, Barisan
Nasional di bawah Najib Razak menang dengan 133 kerusi dari 222 kerusi
Parlimen, melebihi batas minimum 112 kerusi untuk membentuk
pemerintahan.
“Lebih
aneh lagi, meskipun menang, Barisan Nasional ternyata bukanlah pemenang
undi terbanyak, apabila meraih 5.24 juta undi, sedangkan Pakatan Rakyat
pimpinan Anwar Ibrahim memperoleh 5.62 juta undi,” kata laporan itu
dipetik.
Sementara
itu, pengulas politik Malaysia, Dr Rahmat Ismail yang ditemubual akhbar
tersebut menyarankan kepada kerajaan Indonesia, supaya tidak
mengirimkan ucapan tahniah kepada Malaysia ekoran kemenangan BN yang
penuh dengan penipuan dan penyubur rasuah negara.
Katanya,
pemerintahan regim Najib tidak ubah seperti diktator apabila
mengongkong media dan suara rakyat untuk menuntut perubahan dalam
pilihan raya lalu. Rahmat
berkata, ekoran kemenangan BN itu, Malaysia tidak mampu untuk
membendung ketirisan dan rasuah berleluasa kerana Umno BN adalah parti
korup. (IH)
No comments:
Post a Comment