Peserta menyalakan lampu dan lilin untuk meraikan pembebasan Adam Adli dan lain-lain di himpunan Suara Rakyat 505.
PETALING JAYA: Puluhan ribu kini memenuhi Padang Timur, berhampiran Amcorp Mall dekat sini bagi menyertai himpunan Suara Rakyat 505.
Mereka yang mula berkumpul sejak petang tadi mendengar pelbagai ucapan dan cerita mengenai penyelewengan pilihan raya yang bverlangsung 5 Mei lalu.
PAS diketuai oleh timbalan presidennnya, Haji Mohamad Sabu kerana Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kini berada di Turki bagi menyertai satu seminar gerakan Islam di sana.
Turut serta adalah Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar dan lain-lain pemimpin kanan PAS.
Penganjur utama program ini adalah Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang diketuai Badrul Hisham Shahrin atau Cikgu Bard.
Orang ramai tetap datang malam ini walaupun Menteri Dalam Negeri yang baru dapat jawatan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu memberikan amaran ia melanggar undang-undang dan satu tindakan provokasi.
Namun beliau berkata, beliau tidak ada kena mengena dengan sebarang tindakan polis kerana beliau tidak campur tangan.
Sasaran himpunan ini adalah Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) yang tidak profesional dan memihak kepada Barisan Nasional.
Isu dakwat kekal yang tidak kekal adalah sasaran yang paling jelas bagi semua jurucakap yang berucap malam ini.
"Anda mesti membayar jenayah yang dilakukan," kata Nurul Izzah Anwar kepada SPR.
Haris Ibrahim yang baru keluar dari lokap polis selepas ditahan pula berjanji akan menyediakan satu video khas tentang penipuan dalam pilihan raya ini.
"Kita akan membawa video ini kepada masyarakat luar bandar agar mereka dapat melihat sendiri penipuan ini," katanya.
Beliau berkongsi pentas dengan Tian Chua yang turut ditahan.
"Jangan ingat tangkapan ini menakutrkan kami dan orang ramai. Kami bukan pengecut," kata Tian Chua.
Semangat mereka turut dikongsi oleh Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan.
"Saya tidak sepatutnya berucap pada malam ini. Namun tangkapan ke atas Adam Adli, Tian Chua, Haris Ibrahim dan Tamrin Ghaffar menyebabkan saya datang," katanya.
Beliau menggesa SPR dibubarkan.
"Jika pimpinan SPR ada harga diri mereka mesti letak jawatan sekarang," katanya.
Sebelum itu, Dr Hatta Ramli dan MP Sungai Petani, Datuk Johari Abdul juga berucap di samping MP Pandan yang baru Rafizi Ramli.
Rafizi ketika ucapannya memberitahu kehadiran ribuan rakyat pada malam ini adalah kerana tanggungjawab yang dipikul bagi melawan sebuah kerajaan yang dibentuk melalui penipuan.
"Semua rakyat mahukan perubahan, kebanyakkan mereka mahu Pakatan Rakyat menjadi kerajaan tetapi perkara itu tidak dapat diperolehi apabila penipuan dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menentukan kemenangan Barisan Nasional (BN).
"Kita tidak boleh menerima keputusan pilihanraya yang memberi kemenangan kepada BN kerana lebih 50 peratus rakyat memilih Pakatan Rakyat untuk diangkat menjadi kerajaan," jelas beliau di hapan lebih 50 puluh ribu penyokong.
Rafizi yang turut memberitahu jika rakyat tidak menyatakan sokongan bagi melawan penipuan pada hari ini, penipuan akan terus dilakukan oleh kerajaan bukan sahaja pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tetapi juga untuk pilihanraya yang akan datang.
"Kita desak kewibawaan SPR dipulihkan agar rakyat yakin, tetapi mereka (SPR) tidak melaksanakan tanggungjawab mereka.
"Mereka telah mengaturkan penipuan bagi memberi kemenangan kepada BN, atas sebab itu adalah hak kita untuk lawan SPR dalam mengembalikan penipuan yang telah dilakukan," sambung Rafizi.
Tambah beliau lagi satu petisyen akan dilakukan pada minggu hadapan terhadap 29 kerusi parlimen yang telah dikenal pasti wujud penipuan dan beliau yakin kemenangan akan menyebelahi Pakatan Rakyat.
Dalam pada itu, Dr Mohd Hatta yang turut berucap kemenangan kepada Pakatan Rakyat telah wujud apabila Majistret Norashikin Sahat memutuskan melepaskan tiga pimpinan yang tahan oleh pihak polis pada Khamis lepad dengan menyifatkan penahanan tersebur tanpa asas.
"Kita masih ada masa depan yang lebih baik bagi diri kita dan juga anak-anak kita," katanya.
"Bukti jelas apabila terdapat pengamal undang-undang yang menyebelahi kita yang dapat membuat penilaian yang terbaik dalam memberi keadilan kepada kita dan seluruh rakyat," ucap beliau.
Sementara itu Pengerusi BERSIH, Datuk S. Ambiga yang kagum dengan keberanian rakyat yang tampil secara terbuka untuk menentang penipuan yang berlaku pada PRU13.
Beliau yang turut meminta agar mana-mana pengundi yang mempunyai bukti wujud penipuan pada pilihanraya 5 Mei lalu tampil untuk membuat laporan agar mempermudahkan Tribunal Rakyat tampil menuntut keadilan dan kembalikan pada yang hak.
Jelasnya lagi sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam penipuan dan memberi kemenangan kepada BN, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR perlu meletakkan jawatan dengan segera. (Hrkh)
1 comment:
Hi, Neat post. There's a problem together with your website in internet explorer, would test this? IE still is the market leader and a big element of other people will pass over your wonderful writing due to this problem.
Also visit my web page meuble salle de bain pas cher
Post a Comment