Thursday, May 16, 2013

Ruhanie: PRU13 Dedah Elemen AS Dalam PKR

Ruhanie: PRU13 dedah elemen AS dalam PKR

Pilihan raya umum ke-13 mempunyai unsur-unsur yang sesuai dengan hipotesis yang menyebut bahawa Pakatan Rakyat, atau PKR lebih tepat, menjadi ejen pertukaran rejim bagi menguntungkan Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, sama ada PKR memang didanai AS untuk tujuan itu hanya boleh dipastikan oleh parti itu sendiri, kata penulis blog Ruhanie Ahmad dalam forum membincangkan masa depan BN dan Pakatan selepas pilihan raya.

Ruhanie, penulis blog sosio-politik Kuda Kepang berkata, bacaan secara geopolitik tidak menjadikan dakwaan campur tangan AS itu mengejutkan.

Bercakap depan dewan kuliah yang padat di di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Ruhanie berkata, ini ekoran AS tidak senang dengan kawalan Malaysia terhadap Selat Melaka.

"Jika mereka dapat kawal (Selat Melaka), mereka dapat salurkan tenaga daripada Timur Tengah ke Asia Timur.

"Kawalan terhadap tenaga dan laluan pengangkutan akan menjadikan AS kuasa besar dunia," kata Ruhanie, calon doktor falsafah dalam bidang geopolitik dan kajian keselamatan. (MK)

7 comments:

Anonymous said...

kot ye...baru ade element woi ruhanie...yg najib dan mad kutty tu ikut terus telunjuk us kau tak komen..ruhanie...wa ckp lu pemikiran politik lu taun 80 an dah lapuk...boleh main jauh tak

XUMNO said...

Lemparan idea yang tinggi melangit hinggakan melewati bulan dan matahari hinggakan Einstein pun pening memikirkananya kerana tak terdapat dalam teori relativitinya!!! Kenapa Ruhanie tak selami lebih dalam lagi mungkin terjumpa elemen yang lebih memeranjatakan seperti pengaruh Bermuda Triangle dalam PKR atau Pas atau DAP. Maklumlah, Pas ada bulan, DAP pula dengan mudah ke angkasa dengan roketnya.

Anonymous said...

la mamat ni ada lagi mamat selat melaka itu aja alasan dia .kalau tak salah ingat dia ni dulu x mara cemen
barang lama mula timbul satu satu

Anonymous said...

Semua negara Islam yang kuat di seluruh dunia dilanda peristiwa yang sama seperti di dalam artikel. Itu lah kebangkitan palsu yang akan dibenarkan oleh mr Dajjal pendusta sebelum datangnya kebangkitan haq d pimpim imam zaman. Lihat negara2 timur tengah/ afrika yg mengalami rejim change lebih teruk keadaannya dari ketika penguasaan rejim. Malaysia tggu masa kot nak jadi macam tu?

Anonymous said...

US sudah pun menjadi kuasa besar belum lagi wujudnya PR .Mobiliti kekuatannya di laut dipermudahkan dengan termeterainya UNCLOS 1982. Selat Melaka sejak itu menjadi 'selat antarabangsa' di mana armada perangnya bebas lalu-lalang. Saya tidak nampak bagaimana kaitan PRU 13 dengan isu ini. Berhati-hati dengan tesis saudara, nanti gagal.

Anonymous said...

Klu betul pun apa masalahnye..bukanya pr import obama ke bill clinton ke @ bill gate ke jd calon..calon2 nye sumua warga negara malaysia termasuk bangla dan indonesia..mcm liverpool pon didanai oleh AS ,chelsea d danai oleh tok arab begitu juga MC..tak da sapa kecoh pun..sebenarnye AS pun tak hingin malaysia sbb dh tk ada apa2 yg boleh d rembat sbb diorg pun tahu british dh sapu dulu..jd tk payah le nk libatkan AS..klu betul AS nk kan pr perintah malaysia,sewaktu para pendemo bersih kena bantai dgn polis,fru dh sampai jet pejuang dan kapal perang AS kat kl..cuba tgk iraq,libya yg ada kepentingan,tk payah tunggu PBB depa dh hancurkan kedua dua negara tu..lg pun depa tk perlu nk kalut krn negara ni pun dh sememangnya mengikut acuan AS..

Anonymous said...

Malaysia kawal selat melaka?patut le lanun,pati,penyeludup dan jet2 negara asing tk berani lalu kat selat melaka!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails