SAIFUL Apek keluar dari mahkamah, semalam.
HALAMAN HIBURAN
KL Pelakon dan pelawak terkenal, Saiful Apek, 44, direhatkan sebagai juri tetap program realiti Raja Lawak musim ketujuh selepas dia bersama tiga pekerjanya yang berhadapan pertuduhan penyalahgunaan dadah akan membela diri di Mahkamah Majistret Petaling Jaya bermula 15 hingga 18 Julai ini.
Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani berkata, keputusan untuk merehatkan Saiful atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff dibuat bagi membolehkan pelawak terkenal itu memberi tumpuan kepada kes berkenaan.
Nizam berkata, Astro tidak pernah menggantung atau menggam mana-mana pihak yang bekerjasama dengan mereka tanpa alasan kukuh.
“Kami cukup profesional dan bertolak-ansur dalam hal sebegini,” katanya. (myMetro)
No comments:
Post a Comment