PETALING JAYA - Keadaan di lokasi Himpunan Suara Rakyat 505 di padang timur pada malam ini berlangsung dalam keadaan aman. Suasana mulai sesak bermula jam 7:00 petang apabila peserta himpunan mula membanjiri di padang timur Amcorp Mall, dekat sini.
Tinjauan Sinar Harian Online mendapati kebanyakan himpunan memakai t- shirt berwarna hitam tanda menyokong himpunan ini. Walaupun cuaca hujan peserta tetap tidak berganjak daripada padang lokasi himpunan dan menunggu para pemimpin Pakatan Rakyat (PR) untuk memberi ceramah.
Di samping itu, para peniaga juga mengambil kesempatan dengan menjual pelbagai barangan seperti t-shirt, makanan, minuman, topeng dan vevezuala (hon). Selain itu, para peserta juga turut membawa sepanduk dan turut dipasang ditepi jalan menuju ke lokasi himpunan.(SH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ada yang bertanya, strategi apa digunakan, majlis dimulakan sejak lepas Asar hingga tengah malam, tetapi tiada gambar atau berita acara sembahyang beramai-ramai. Mustahil orang-orang Islam di situ tidak sembahyang Atau solat menyorok-nyorok tidak mahu tunjuk syi'ar?
Tidak ramai pula pemimpin-pemimpin DAP?
Peserta bersolat magrib kat dalam amcorp mall..kat ruang tepi dalam mall..
ReplyDeleteKita solat kat dalam mall, soalnya air untuk berwuduk tidak disediakan di padang, kalau tidak isyallah.. hharap maklum..
ReplyDeletet.kasih.. maklumat.
ReplyDelete