Thursday, May 16, 2013

Syabas Mukhris! Berjubah, Kopiah & Imamkan Solat..

Oleh: notan

"ASSALAMU .ALAIKUM..


Agak menarik peristiwa yang berlaku di Kedah.  Sejak selesai PRU 13.Bekas MB dikerjarkan ke Hospital dan berita angin mula tersebar bahawa beliau telah meninggal dunia.Tetapi kemudiannya umur beliau masih dipanjangkan ALLAH dengan ujian yang agak berat  juga, kakinya terpaksa di potong.

Siapa agaknya yang sebarkan khabar angin itu? Lebih menarik apabila keluar berita MB sekarang Mukhris mengadakan solat hajat mendoakan kesejahteraan Ust Azizan dan bersama sama berita itu ialah khabar susulan yang mengatakan Mukhris berjubah dan berkopiah putih serta mengimamkan solat. Menarik kerana perubahan karektor dan lifestyle yang mengejutkan seolah olah perubahan itu berlaku overnite sahaja. Kalau betul begitu syabas Mukhris yang mungkin mendapat hidayah ALLAH seperti cerita cerita hidayah yang pernah kita dengar. 

Tapi jangan lupa Mukhris itu datangnya dari UMNO yang pragmatis! Orang yang pragmatis sentiasa menghidu peluang dan sentiasa bersedia menjadi sesumpah mengikut keadaan.Kalau keadaan sekarang rakyat lebih menumpukan kepada seruan ugama, maka orang yang pragmatis akan turut serta kalau ada kesempatan.Kalau satu hari nanti rakyat mahukan k-pop melebihi kemahuan ugama, maka pada masa itu k-pop akan menjadi pilihan pragmatis.

Tiba tiba boleh menjadi Imam solat seuatu yang agak luar biasa dengan Mukhris  yang sebelum ini lebih cenderung kepada lifesytle kebarat- baratan. Agak menghairankan kita kalau Muhkris boleh menghafal ayat ayat lazim untuk dibacanya semasa menjadi Iman, bukan mahu mempersendakannya tetapi pengalaman saya sendiri yang bersungguh sungguh untuk belajar menjadi Imam yang baik tidak pernah kesampaian.Menghafal ayat ayat lazim tidak semudah yang difikirkan bagi seorang yang terdidik secara sekular seperti saya, sebab itu saya tabik kepada Mukhris kalau  benar benar dia menjadi Imam yang baik mengambil kira pendidikan sekular yang dimilikinya.

Itu belum masuk bab khatam Quran lagi.Kalau Tan Sri Muhammad Taib sudah khatam Quran tetapi masih belum mampu menghafal surah surah atau mana mana ayat dengan baik (saya membuat kesimpulan berdasarkan ceramah beliau), di mana Mukhris? Setakat ini saya belum pernah mendengar mana mana pemimpin UMNO kecuali yang pernah menjadi menteri ugama dan ulamak mudanya membaca quran dan doa  termasuk Mukhris.

Itupun belum masuk lagi bab kedudukan Mukhris dalam jemaah yang menolak hukum ALLAH dan kedudukannya dalam syarikat Arak milik abangnya Mirzan (saya tidak pasti mengenainya).kalau benar benar Mukhris mahukan ugama didahulukan dalam semua aspek kehidupan, dia tidak akan duduk dalam UMNO, apa sekalipun alasannya.Islam tidak membenarkan penipuan, di mana kedudukan Mukhris dalam penipuan besar besaran UMNO dalam PRU 13?

Apakah dia mengaku ada penipuan dan menentangnya? Saya menyarankan kepada semua agar tidak terpesona dengan penampilan Mukhris yang tiba tiba berubah kerana kemungkinan besar ianya hanyalah kerana pragmatis UMNO.Bak kata TGNA , orang yang berfaham kebangsaan  hanya cuba mengkaburi rakyat dengan penampilan Islamya. Begitu juga tak usah cepat terpegun melihat Mukhris memakai Jubah tanpa serban!(IH/TKO)

4 comments:

  1. Alhamdulillah kalau begitu. tak baik kita pra sangka kepada seseorang. Doakanlah kebaikan walaupun kita dikeji. InsyaAllah, kita akan mendapat kebaikan....

    ReplyDelete
  2. Moderator ajelah yg jd MB. Byk sgt prejudis.

    ReplyDelete
  3. Kalau hati dah kelam jantung dah hitam apa sahaja kebaikan yg di lakukan akan di persoalkan.. sekurang2nya Allah benarkan dia jadi imam...tp awak?? tnpa keizinan 'sebagus' mn pun awak x kan mampu nk buat...bercakap pakai otak...jgn pakai nafsu... menaip pakai ilmu jgn pakai 'api'...banyakkan membaca dan banyakkan merujuk kepada 'ulamak' yg betul2 ulamak...cth ulamak terbilang adalah ulamak yg tidak pernah mengata kepada orang lain kerana dia menyedari kekurangan diri...bukannya 'ulam mak' yang mengeluarkan fatwa sendiri tanpa merujuk bukti yg sahih...cth ulamak yg tidak pernah berkata kpda org lain semasa menyampaikan ajarannya ialah Ustaz Majid... jadikan dia contoh.Sepanjang sy mengikuti pngajiannya x pernah dia mengata kpda org lain.habis tiada dia menjadikan orang yg brada di hadapannya sebagai contoh....jgn jadikan ulam mak sebagai teladan awak yg menjadikan syurga neraka mainan di bibir...kerana syurga itu bukan hak milik kita... mengajar ilmu kpda org lain ttp timbul riak walaupun seinci cuma dlm diri semua itu takkan berguna... jd awak muhasabahlah diri..bnyakkan beristifar...faham konsep 'SUKA' dan 'TAKSUB'...suka adalah memahami tanpa melebihkan 'benda' melebihi dia...dan taksub apabila meletakkan kepercayaan terhadap 'benda' melebihi 'taksub' kepada DIA yang mencipta langit dan bumi... bersihkan hati dan awak akan berada dlm landasan yg betul...aminnnn...

    ReplyDelete
  4. Di dunia ini kita tak tahu apa apa. kita ada 99 kebaikan dan 1 keburukan sahaja jadi kita hanya perlu tengok 1 keburukan kita sahaja.
    Orang lain ada 99 keburukan dan hanya ada 1 kebaikan sahaja ,kita hanya tengok 1 kebaikan dia sahaja. Jangan tengok langsung keburukan dia.
    Maut datang, masuk kubur baru tahu siapa amal dia betul, siapa amal dia tak betul.Jangan judge sendiri sendiri. Biar Allah s.w.t. yang tentukan.
    Kalau ada sedikit takabur pasti kita akan dcampak dalam neraka.
    Jadi takut untuk cakap takabur.

    ReplyDelete