Saturday, May 11, 2013

Terkilas Ikan Di Air, Saya Tahu Jantan Betinanya.. Husam



KOTA BHARU - Gugur daripada barisan Exco Kanan Kerajaan Negeri tidak mematahkan semangat (Bekas) Timbalan Pesuruhjaya II Pas Negeri, Datuk Husam Musa untuk terus mempertahankan kerajaan Pas sehingga akhir hayatnya.

Katanya, selagi Pas ini berdiri atas nama Islam yang Syumul, melaksanakan kewajipannya mengikut Allah SWT, beliau akan tetap mempertahankan kerajaan Pas sampai akhir hayatnya.

"Tetapi kalau kerajaan ini (Pas) bersifat duniawi yang nak mengaut balak, lombong, Nauzubillah… Ampunkan saya kalau saya berdiri di dalam dewan untuk memperbetulkan kerajaan.

 “Saya masuk dalam perjuangan ini bukan main-main. Saya masuk ini untuk melihatkan apa yang kita usrahkan Islam yang syumul, Islam yang komprehensif, yang menjaga khazanah negeri dan negara supaya miskin dan yatim piatu, mereka itu dibela dan Islam menjadi model. Ini cita-cita saya,” kata Husam yang juga Adun Salor. .

 Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah pada Majlis Kesyukuran Kemenangan Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) di Pondok Pasir Tumboh, di sini, malam kelmarin.

Dalam pada itu, mengulas kenyataan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, beliau turut mengakui tidak menerima jemputan untuk hadir mesyuarat pada pagi 6 Mei lalu.

“Maaf, saya tidak terima jemputan tersebut. Tolong tunjukkan surat, sistem pesanan ringkas (SMS), telefon, yang bercakap dengan saya. Maaf saya tidak mahu perbesarkan isu ini. Ini perkara teknikal. Tidak perlu jelaskan.

“Saya boleh terima semua keputusan tersebut demi kebaikan parti, kemudian diganti dengan sebab-sebab saya tidak dilantik. Saya tidak minta apa sebab saya tidak dilantik. ‘Terkilas ikan di air, saya tahu jantan betinanya’,” katanya.

Husam yang memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi dan Kewangan selama dua penggal berkata, atas pengguguran tersebut, beliau bukanlah orang yang yang berfikiran buntu, malah dapat mengesan perkara itu sejak empat tahun lalu. (SH)

“Jadi, tidak perlu beri sebab, saya tahu sebabnya. Sebab itu ada dalam dada saya. Saya tak perlu dedah kepada sesiapa demi menjaga keharmonian parti kita.

“Ibarat kalau kita pergi meminang anak orang, tiba-tiba tak jadi kahwin, atas sebab tertentu. Tidak perlulah beritahu (sebab) bulu betis dia panjang, kepala lutut dia senget, hidung dia kembang sebelah. Itu akan menyebabkan sakit hati teman yang kita pinang itu. Biasa kita sebut, tiada jodoh,” katanya.

Beliau akui boleh menerima keputusan tidak disenaraikan dalam exco di bawah pimpinan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, malah tidak pernah meminta namanya dimasukkan semula ke dalam senarai exco kerana menganggap kerajaan Pas adalah kerajaannya.

Katanya, sebagai orang Melayu, mereka perlu menjaga tatasusila tanpa melibatkan sultan dalam memberikan alasan demi menjaga keharmonian. (SH)

8 comments:

  1. Jangan risau, rezeki Allah Ta'ala juga kalau tak dapat pegang jawatan, ada masa untuk anak dan juga isteri..insyaAllah, hikmah yang kita tak nampak..mungkin 5 tahun lagi dapat jadi Menteri besar..who's know..

    ReplyDelete
  2. Yang bodohnya blogger pro PAS N PR..dok sebok ulas pasal si husam x dpt jd exco..klu dah kata berjuang utk islam n redha dgn keputusan..apalagi..tutup mulut la! Bangang nk gi ulas memanjangkn fitnah dan sangkaan buruk buat apa! Sudahnya bloggers plk yg jd dalang perpecahan PRdan PAS.

    ReplyDelete
  3. aikk..kata demokrasi..kenapa plk nak tutup mulut..
    memperjuangkan yg haq dan menumbangkan yg bathil..
    nak jd mcm kedah 2008 ke ?
    ingat.. undi rakyat bukan untuk individu dan puak ya..
    undi rakyat untuk yang haq.
    adakah kawan2 dah berlaku jujur dan adil terhadap husam..
    adakah ini gaya demokrasi ?

    ReplyDelete
  4. redha dg kekalahan dlm perlawanan yg adil adalah munasabah..
    tp ini redha dicah keting.
    jgn jd mcm umno bilamana anwar kehilangan kuasa satu persatu meninggalkannya.
    itu bukan pejuang tulen..itu pengecut namanya.

    ReplyDelete
  5. husam, seorg pemimpin yg amat dihormati. beliau memang layak menjadi PM selepas ketokohan Anwar.

    rasa terkilan past iada kerana tidak diberi peluang jadi exco. itu fitrah dan bukan kelemahan. bukan manusia namanya kalau tkde perasaan.

    org yg kenal husam akan tahulah beliau seorg yg hebat berpandangan jauh, beragama walaupun bukan ustaz(tak semesti ustaz aje yg boleh bawa islam, dgn sepotong ayat pun kita disuruh sebar islam, jgn jumud bab ni kpd mereka yg berkenaan).

    kita berharap jika panjang umur, gunakan 5 tahun mencapai kematangan, ilmu dan kemantapan iman, kita yakin husam akan kembali seperti seorg pahlawan yg kembali ke medan perang dgn gagahnya.

    ketika itu rakyat kelantan akan tau lah ketiadaan husam byk perlu yg kurang.

    Saudara Husam, bersabar itu berkat. cuma saudara perlu lebih ramah mesra dgn rakyat, tambahkan lebih senyuman, sambut salam dn huluran tangan. tambah lagi walaupun dh ada.

    HUSAM WILL STRIKE BACK !

    ReplyDelete
  6. Sy pcaya Husam ada kebolehan dan ketokohan utk jadi pemimpin yg hebat dgn ilmu, pengalaman, dan kemahirannya. Sy sedih knp PAS xambil peluang ini spt di Kedah bila UMNO lantik Mukhlis sbg MBnya?

    Jika Mukhlis bjaya mbawa perubahan yg lebih baik...hatta setakat urusan duniawi shj w/p sdikit maka bolehlah kita ucapkn selamat tinggal Kedah Darul Aman kpd PR.

    Islam suruh serah ssuatu urusan kpd yg ahlinya.... bukan senioriti, kroni dsb.

    ReplyDelete
  7. Elok mcm Husam sebut tak perlu dipanjangkan isu ini. Sama ada cah keting ke apa ke mesti ada hikmah disebaliknya. Menjaga perpaduan itu lebih penting daripada kepentingan individu. Muhasabah diri sendiri, kerana banyak kelemahan yg belum diperbaiki. Insya Allah pertolongan Allah bersama org2 yg sabar.

    ReplyDelete
  8. dipanjangkan atau tidak itu bukan isunya..
    yg disuarakan ialah satu kekhilafan yg jelas telah berlaku..
    satuketidakadilan telah dilakukan terhadap husam.
    menampakkn disini bahawa golongan lulusan agama (ostad)cuba nak monopoli kuasa politik kelantan..mereka merasakan merekalah yg terbaik dan disokong oleh rakyat untuk memikul amanah berat menerajui kelantan..ditambah pula dg kejayaan TGNA mengemudi kelantan selama beberapa penggal.(walaupun hanya sekadar mengekalkan kuasa sahaja)
    hakikatnya itulaqh yg berlaku di kelantan ..setiap dari golongan muda yg ada title ostad dikelantan mesti ada memasang cita2 undi jd calon ..sampaikan umno pun berlumba2 buru calon ostad.
    mereka2 ini lupa bahawa ramai lg bijakpandai2 lulusan lain yg lebih wibawa yg boleh mentadbir kelantan dg cara islam.
    mereka2 kadang disusuli dg riak dan takabur.

    ReplyDelete