Tuesday, May 28, 2013

Zahid Penyanyi Didisiplin Bakal Isteri.. Dayuskah?

HALAMAN HIBURAN



Zahid bakal menamatkan zaman bujangnya pada 7 Jun depan

Bakal Isteri Berjaya Disiplinkan Zahid (AF) 

PETALING JAYA: Penyampai radio Era FM dan penyanyi, Zahid mengakui tertarik hati dengan bakal isterinya, Sarah Julifa Yusof, 25, kerana ketegasan wanita itu mendisiplinkan kehidupannya.

Zahid atau nama sebenarnya Ahmad Zahid Baharuddin, 33, berkata, Sarah telah banyak mengubah kehidupannya supaya lebih teratur dan menganggap ia sebagai satu kualiti terbaik dalam diri wanita itu.

"Saya seorang yang ringkas dan tidak terlalu memandang serius pada sesetengah perkara dan kehadiran Sarah telah banyak mengubah diri saya supaya lebih berdisiplin terutama dalam soal masa dan pengurusan wang," jelasnya kepada mStar Online.

Tambah Zahid, Sarah juga seorang wanita yang ringkas selain memahaminya sebagai seorang selebriti.
Pasangan itu bakal diijabkabulkan pada 7 Jun depan di Teluk Intan, Perak sebelum mengadakan majlis resepsi pada keesokan harinya manakala 15 Jun akan diadakan majlis sambut menantu di sebelah keluarga Zahid.

Dalam pada itu, Zahid memberitahu dia mengambil keputusan untuk berkahwin selepas setahun mengenali Sarah kerana tidak mahu bercinta terlalu lama. Jelas Zahid, pada usianya sekarang dia telah bersedia untuk berumah tangga dan tidak mahu hubungan yang dibina tidak mempunyai arah tujuan.

"Bercinta terlalu lama dan tidak mempunyai arah tujuan pun susah juga jadi lebih baik kahwin apabila telah berjumpa dengan pasangan yang sesuai," katanya.

Bercerita mengenai perkenalan dengan bakal isteri, Zahid berkata mereka berkenalan menerusi laman sosial Twitter sebelum serius bercinta pada tahun lalu. Jelas Zahid, Sarah juga adalah seorang kaki tangan Astro namun tidak pernah bertembung dengannya sebelum bercinta.

"Kami sepejabat namun tidak pernah bertemu sebelum ini tetapi inilah yang dinamakan jodoh," katanya.
Sementara itu, Zahid berkata, dia kini sedang sibuk membuat persiapan perkahwinannya dan berharap majlis itu nanti akan berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah.
"Seperti mana orang lain, saya juga mengharapkan perkahwinan ini akan berkekalan sehingga akhir hayat dan dikurniakan dengan cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga kami nanti," ujarnya. (mStar)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Ada orang mengatakan itu sifat lelaki dayus? Benarkah? Nabi bersabda lelaki dayus tak 'berbau' syurga. Ramai mungkin tidak berapa faham istilah dayus... Kadang dalam bahasa Melayu dayus semacam erti penakut, sedangkan maksud dalam Islam berbeza. Mai lihat pandangan ini... secara ringkas.

10 Ciri-ciri lelaki dayus ialah:

  1. Membiarkan kecantikan aurat dan bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah. 
  2. Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar. 
  3. Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuan dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
  4. Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya. 
  5. Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ‘spoting’ yang memahami. 
  6. Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
  7. Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan auratnya kepada jutaan manusia bukan mahram.
  8. Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan? Tidak sekali-sekali.
  9. Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
  10. Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.
Tak kira, samada si dayus itu pemimpin atau rakyat jelata, duduk di menara gading atau di surau. sama saja!

No comments:

Post a Comment