SHAH ALAM - Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menggesa Pas dan DAP tidak campur tangan dalam urusan pemilihan Menteri Besar atau memberikan sokongan kepada pihak tertentu. Menurut beliau, persoalan siapa calon yang bakal mengisi kerusi MB itu hanya akan diputuskan oleh pucuk pimpinan PKR Pusat dan bukannya boleh dibuat spekulasi sahaja.
“Saya baca dalam surat khabar yang memaklumkan Pas dan DAP mahu Abdul Khalid sebagai MB. Kemudian Dr Rani pula jawab beliau sedia jadi MB. Saya ingat apa hal dengan mereka ni? Dah gila kuasa ke? Dah gila jawatan.
“Sedangkan keputusan belum dibuat. Lagipun ini kerusi PKR kenapa Pas dan DAP yang terlampau ghairah untuk menamakan diri mereka atau menamakan orang itu ini jadi MB? Ini persoalan saya,” katanya dipetik dalam portal berita Antarapos.
Dalam perkembangan lain, Setiausaha Agung DAP baru-baru ini mengisytiharkan partinya mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor, sungguhpun parti itu kurang kerusi Dun berbanding DAP dan Pas. Pada pilihan raya lalu, Pas memenangi 15 kerusi Dun berbanding PKR hanya 14 kerusi. Sekali gus memberikan Pakatan Rakyat kemenangan dua pertiga untuk kekal berkuasa di Selangor.
Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman dipetik berkata beliau bersedia untuk menjadi MB jika diarahkan parti. Zuraida berkata, jawatan Menteri Besar itu milik PKR dan parti itu harus diberi ruang untuk memutuskan siapa paling layak untuk mengisinya, tanpa campur tangan pihak ketiga.
“PKR sendiri belum putuskan. Tapi Pas dan DAP kenapa teruja sangat? Kenapa beria-ia nak menamakan orang itu ini?.
“Kerusi MB ini memang PKR punya. Jadi kenapa Pas dan DAP sibuk? Tak ada isu nak kata apa-apa, ini PKR punya, kami belum buat keputusan, dia orang nak sibuk lebih-lebih,” kata Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Zuraida nak siapa jadi MB Selangor? Azmin. Rundinglah baik-baik.
(IH)
15 comments:
MB MILIK PKR BODOHNYA STATEMENT DIA NIE...
apa susah-susah...reject jer pkr yang gila kuasa kat selangor ne....pas dan dap tubuh kerajaan negeri....pkr memang mcm ne...tak sedar diri ...dah lah mengharapkan bantuan undi pas dan dap.....
Malulah....mengaku pkr punya....mcm nie lah pemimpin pkr yg korg pilih....tu baru mb...kalu pm compom gaduh punya...pecah pakatan...
Zuraida, cuba le cerdikkan diri tu sket... MB Selangor adalah jawatan milik PKR?? Ek elehhhh...ehhh... Nak kena backhand agaknye awak ni? Ni lah contoh bodoh sombong.. Kalu dibiarkan jadi lah mcm UMNo.
Kalau nk keluar statment jgn jadi mcm puak umno zuraida oi, bukan yb mcm ni yg pakatan mau! Bikin malu sja
ckp mcm org x sdar diri..bru dpt kprcayaan rakyat dh nk tnjk ego..x sbar nk dgr apa azmin nk ckp...buat malu je nmpk sgt nk jawatan mb..msti muka mkcik zuraida ni ada kt sblh azmin nnt..msti cover line alasan smua ni sbb nk slamatkan pkr..hahaha padahal nk ckp bg la aku jwtn mb tuuuuuuuuu...
Makcik ni betul mulut cabul kau ingat jawatan MB milik mak bapak kau nak cakap camtu.
Kenapalah buat kenyataan bodoh? Kalau tak ada DAP dan PAS mampukah PKR sendiri tawan Selangor dalam PRU12 dulu dan menambah kerusi dalam PRU13?
Kenapalah buat kenyataan bodoh? Kalau tak ada DAP dan PAS mampukah PKR sendiri tawan Selangor dalam PRU12 dulu dan menambah kerusi dalam PRU13?
PASTIKAN MB SELANGOR DARI PAS,TUNJUKKAN KEBOLEHAN PARTI ISLAM MEMERINTAH NEGERI TERMAJU DI MALAYSIA.LAKSANAKAN SYARIAT ISLAM TEGAKKAN HUKUM HUDUD
MATLAMAT KITA IALAH TERTUBUHNYA BALDATUN TOYYIBAH WA RABBUN GHAFUR
nuar brahim tgk betina nenek kebayan peliharaan ko ni dah mula tunjuk belang, nuar brahim ko rejek je manusia cam nie, talak rugi satu sen pon, rakyat tetap bersama PR
Mungkin dia tak bermaksud tidak baik... jangan cepat melatah... mungkin disebabkan khabar2 angin yang bermaksud agar MB Selangor kali ini dr parti PAS (seperti yang dicadangkan Hassan Ali - Wallahualam)....
Mungkin juga sbb PAS & DAP menang lebih bnyk kerusi dr PKR, mungkin dia bimbang MB ditukar.....
Fikir baik... dia masih hendak MB Selangor dikekalkan...
Salam sejahtera.
Cadangan saya PR Selangor terus lah buat kerja untuk rakyaat Selangor.
1. Berikan wifi percuma utk negeri Selangor. Sekarang dunia maklumat. Jangan salahkan Utusan Malaysia, TV3 dan media-media Kerajaan Pusat.
2. Indahkan Sungai Klang. Jika di Sungai Melaka boleh kenapa di Selangor tidak boleh?
Rakyaat Selangor sedang memerhati PR.
Berikan keuntugan hasil negeri kepada rakyaat Selangor.
Berikan kebajikan dan kemudahan rakyaat di Selangor lebih baik dari negeri-negeri lain.
Perbezaan itu wajib dinampakkan.
Ikhlas: Yusnee
Woit Zuraida, hang mabuk air kopi cap dacing ka?
Bengong macam ni pun jadi YB?
Orang undi bukan btg tubuh kamu, tapi kerana PR.
Menyesal aku undi PR yang calonnya BAHLOL.
Peraturan mana yg tulis MB mesti dari PKR hah...BENGONG.
Jgn sampai PKR jd spt Parti Semangat 46 sudah la. Mampos tak brnesan. Baru perintah Selangir je dah kelam kabut berebut2. Memang dasar bekas org UMNO mcm ni le. Tak kesian kdgn DS Anwar yg siang malam 24 jam brceramah sana sini,kamu brdua lebih sudu dr kuah.
Post a Comment