HAT YAI - Lapan anggota tentera terbunuh semalam dalam satu serangan bom tepi jalan di wilayah bergolak di selatan Thailand, kata polis. Jurucakap polis, Kolonel Metha Singhasena berkata, kumpulan pemisah meletupkan bom itu di daerah Krong Pinang, wilayah Yala semasa kenderaan tentera melalui sebatang jalan.
Menurut Singhasena, sepuluh anggota tentera menaiki sebuah trak pelbagai guna dan sebuah kenderaan berperisai selepas selesai membuat rondaan pada pagi semalam. Katanya, bom yang disembunyikan di permukaan jalan memusnahkan trak itu dan mengorbankan lapan tentera.
Dua pegawai cedera dan seorang lagi hilang. Dua orang penduduk kampung juga cedera dalam serangan berkenaan. Lebih 5,000 orang terbunuh di tiga wilayah selatan Thailand yang mempunyai majoriti penduduk Islam sejak penentangan orang Islam tercetus pada 2004. Serangan di selatan negara itu berlaku hampir setiap hari, walaupun kerajaan berusaha untuk berunding dengan kumpulan-kumpulan pemisah baru-baru ini.
-Agensi
No comments:
Post a Comment