Tuesday, June 25, 2013

Agong Rasmi Dewan Rakyat Hari Ini

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah berangkat masuk untuk istiadat pemeriksaan barisan. - Foto Sinar Harian oleh NIZAM ZAIN

KUALA LUMPUR - Istiadat Perasmian Dewan Rakyat kali ke-13 oleh di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, hari ini dijalankan di Dewan Bankuet, Bangunan Parlimen memandangkan cuaca berjerebu di luar.

Tepat jam 9.45 pagi tadi, majlis dimulakan dengan perbarisan Askar Melayu Diraja Malaysia, diiringi dengan alunan muzik kebesaran DiRaja.

Majlis ini dihadiri oleh 222 Anggota Dewan Rakyat dengan lengkap berpakaian rasmi Parlimen.

Turut hadir wakil kedutaan asing ke Malaysia serta tetamu kehormat lain. Walaupun ruang Dewan Bankuet itu agak terhad, namun berjalan dengan lancar mengikut adat istiadat.

Sementara itu, sebaik selesai istiadat memeriksa perbarisan Askar Melayu, Sultan Abdul Halim berangkat masuk ke Dewan Rakyat tepat jam 10.45 pagi tadi. (SH)

No comments:

Post a Comment