Wednesday, June 05, 2013

Anti Rogol, Larang Patung Pakai Baju Dalam

E-Buku IH-64: Rogol Di IndiaE-Buku IH-64: Rogol Di India

Patung yang dipakaikan pakaian dalam mungkin diharamkan di Mumbai

MUMBAI - Patung-patung yang dipakaikan dengan baju dalam wanita dan pakaian menjolok mata mungkin diharamkan di sini sebagai cara untuk memerangi kejadian rogol.

Anggota-anggota Majlis Perbandaran Mumbai telah meluluskan resolusi untuk melarang patung yang dipakaikan dengan pakaian menjolok mata dipamerkan di luar kedai. Bagaimanapun, Pesuruhjaya Majlis Perbandaran Mumbai, Sitaram Kunte masih belum meluluskan resolusi tersebut.

Seorang anggota majlis itu, Ritu Tawde berkata, dia mencadangkan larangan tersebut kerana patung tersebut merendahkan martabat wanita. Menurutnya, patung seperti itu juga boleh mendorong kaum lelaki menyerang wanita. India sebelum ini dikejutkan dengan berita seorang pelajar wanita dirogol oleh sekumpulan lelaki di dalam sebuah bas di New Delhi pada Disember tahun lalu.

Wanita itu kemudian meninggal dunia di sebuah hospital di Singapura ekoran kecederaan parah selepas dia dicampak dari bas tersebut.

"Lelaki-lelaki seperti itu (para perogol pelajar itu) melakukan perbuatan tersebut kerana didorong dengan pameran patung-patung itu. Patung merupakan replika tubuh badan wanita. Justeru, ia merupakan alasan kenapa saya menentang penggunaan patung itu," kata Tawde.

Bagaimanapun, Presiden Persekutuan Kebajikan Peniaga Runcit India, Viren Shah menyatakan resolusi itu sebagai tidak munasabah. Menurutnya, patung-patung itu bukan punca berlakunya serangan ke atas wanita. - AP

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails