Thursday, June 06, 2013

Arak, P/Hiburan, Di Bawah Pusat & PBT -EXCO Baru Agama S'ngor



Sallehen ketika ditemui di pejabat barunya hari ini

SHAH ALAM: Exco baru untuk Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian, Pembangunan Desa, Sallehen Mukhyi akan mengambil pendekatan penerangan dalam melaksanakan tugasnya.

"Bagi saya program penerangan adalah amat penting bagi  memberi kesedaran kepada umat Islam. Mengapa Islam melarang kita minum, menjual, mempromosi  arak, pergi tempat pusat hiburan.
"Ini adalah kerana untuk mengelak berlakunya gejala sosial, keruntuhan akhlak, ketuntuhan rumahtangga, berlakunya zina, pembuangan bayi dan sebagainya," kata Sallehen Mukhyi dalam sidang media pertama di pejabat SUK Selangor hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta agar rakyat Malaysia mengubah  cara pemikiran bagi tangani masalah isu arak, judi, pusat hiburan melalui  Exco Hal Ehwal Islam. Beliau berkata, semenjak mengangkat sumpah sebagai Exco, berbagai soalan yang dimainkan oleh rakyat dan media bagi menangani isu ini.

"Antara soalan yang sering dipersoalkan apakah tindakan saya sebagai Exco Agama dalam tangani isu arak, judi, pusat hiburan. Apakah Hudud perlu dilaksanakan di negeri Selangor.
"Bagi saya rakyat perlu ubah cara pemikiran tersebut kerana untuk tangani isu berkenaan ia perlu memberi kefahaman terlebih dahulu kepada seluruh rakyat termasuklah kepada non-muslim agar mereka faham apakah yang di maksudkan hudud dna lain-lain.
"Siapakah yang layak menerima hudud. Siapakah yang mempunyai kuasa menutup kilang arak dan sebagainya," kata beliau.

Sallehen yang menang dalam pilihan raya lalu di Dun Sabak dilantik sebagai Exco bagi mewakili PAS dalam penggal ini. Selain beliau, tiga Exco PAS sebelum ini dilantik semula. Mereka adalah Dr Halimah Ali, Iskandar Samad dan Dr Ahmad Yunus. Bagi Sallehen, kerja penerangan ini pula memerlukan penglibatan semua pihak bukan hanya Exco Agama sahaja bahkan juga para ustaz dan alim ulama.

Sallehen menjelaskan lagi, bagi tangani isu arak, rampas lesen arak, tutup pusat hiburan bukan kuasa Exco Agama dan kerajaan negeri Selangor sepenuhnya tetapi ia dibawah pengurusan pihak berkuasa di peringkat Pusat dan juga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini.

“Kita tidak ada kuasa sepenuhnya menutup tempat hiburan, rampas lesen arak. Tetapi kita akan bantu PBT dan lain-lain untuk tangani isu ini dari semasa ke semasa dengan mengadakan perbincangan bersama demi kepentingan umat Islam di seluruh Malaysia,” katanya.

Beliau menjelaskan, pihak kerajaan negeri tidak ada mengeluarkan lesen baru untuk tutup pusat hiburan, menjual arak untuk penggal lalu.

"Namun saya difahamkan semasa zaman pemerintahan kerajaan Umno dulu lagi  ada lesen quata  lama di keluarkan  untuk arak dan sebagai," jelas beliau.

Islam, katanya, memang melarang umatnya mengambil arak, pergi tempat yang mendekati zina iaitu pusat hiburan. Maka dengan itu program penerangan agama ini perlu di laksanakan di institusi masjid, edaran risalah dan sebagainya agar rakyat Malaysia faham dengan jelas.

"Insya Allah perbincangan bersama PBT, dan badan berwajib akan diadakan dalam tangani isu berkenaan dengan baik agar tidak melukai hati mana-mana pihak kerana di Malaysia kehidupannya adalah berbagai bangsa dan agama yang perlu di hormati," jelasnya lagi. (Hrkh)

3 comments:

Anonymous said...

bila dah menang dan jadi exco agama..baru tahu langit tinggi rendah..kalau dulu,,semua dihamburkan ke kerajaan negeri..dan exco agamanya..kini PAS pelajaran pelajaran bermakna..bagus.

kamarul btr said...

alahai awt bodohnye..dlu sblm PR amik slangor bkn ke krajaan negri dtgnye dr BN gak..sma warna dgn krajaan pusat..so apa msalah sdara sbnrnye...sbb tu kna ubah bkn je krajaan negri tp dgn pusat2 skali...adoiii itu pon bngap knp...

Anonymous said...

Kamarul bodoh...tapi PAS yg ckp akan tutup kilang arak,,pusat maksiat bila mereka menang PRU12 dulu. Ckp tak serupa bikin...malah lebih byk rumah urut selepas PRU12 hingga sekarang...BUKAN MAKIN KURANG TAPI MAKIN BANYAK....hang bodoh bengap la Kamarul...tau tak ckp tak serupa bikin PAS la...
Sbb PAS bukan DOMINAN dalam PR...ianya penjilat kepada PKR dan DAP

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails