K/TERENGGANU – Penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (gambar) menyifatkan
petisyen BN Kelantan mengaitkan beliau sebagai punca kekalahan BN di
negeri itu pada PRU13 lalu sebagai kelakar.
Ikon agama itu dalam reaksinya berkata, perkara itu langsung tiada kena
mengena dengan beliau kerana kenyataan berhubung ‘Haram jatuhkan
kerajaan Islam’ yang dimainkan Pas pada kempen pilihan raya itu bukan
kenyataan peribadi beliau, sebaliknya daripada al-Quran.
“Saya rasa kelakar sebab tiada kena mengena. Bukan saya berceramah
(tetapi) ada dalam buku-buku agama (berkaitan), haram kita jatuhkan apa
sahaja bernama Islam. Tidak boleh,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas Majlis
Jamuan Meraikan Ustaz Azhar Idrus anjuran Dewan Pemuda Pas Negeri
Terengganu (DPPNT), di Padang Hiliran, semalam.
Memberitahu petisyen BN itu disedari melalui laman sosial Facebooknya,
Azhar berkata, sekiranya kenyataan dibuat cenderung mempengaruhi rakyat
tidak menjatuhkan kerajaan Kelantan, mungkin BN boleh mempertimbangkan
untuk menjadikan beliau sebagai alasan.
“Kalau (kaitkan) benda itu saya rasa bukan. Itu dalam al-Quran. Yang
boleh buat petisyen (kalau) saya kata ‘jangan jatuhkan kerajaan
Kelantan’ tetapi (saya) tidak kata begitu. (Saya kata) jangan jatuhkan
kerajaan Islam,” katanya.
Mengulas lanjut, Azhar yang turut dikenali dengan akronimnya UAI sekali
lagi menegaskan, apa-apa sahaja perkara yang berbentuk Islamik tidak
patut dihalang dan haram sama sekali menjatuhkannya. (SH)
No comments:
Post a Comment