Timbalan
Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, ketika menghubungi Harakahdaily berkata pihaknya akan menyediakan panel peguam terbaik untuk membela Husam. Beliau yang juga Timbalan Menteri Kelantan berkata demikian sebagai reaksi awalnya berhubung penangkapan Husam semalam mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan di Desa Pandan.
Husam seterusnya dibawa ke Balai Polis Ampang sebelum di bawa ke IPD Kota Bharu Pengkalan Chepa.
“Saya memohon pihak polis membebaskan Datuk Husam dan pada masa yang sama mereka juga perlu menggugurkan sebarang dakwaan ke atasnya,”ujarnya.
Husam tiba di IPD Kota Bharu Pengkalan Chepa kira-kira jam 1.30 pagi tadi dengan diiringi tidak kurang dari 13 buah kenderaan. Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub, cuba untuk bertemu dengan Husam, bagaimanapun ianya tidak dibenarkan.
Turut bersamanya, Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman. Turut menyatakan rasa simpati Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Malam tadi turut berhimpun memberi sokongan moral kepada Husam bersama rakyat selain isteri dan anggota keluarga terdekat, Adun Kelaboran Mohd Zaki Ibrahim.
Hadir sama Adun Demit Ustaz Abdul Rahman Yunus dan Adun Kota Lama, Datuk Anuar Tan Abdullah. Abdul Rahman ketika berucap pada perhimpunan itu menyeru rakyat seluruhnya bersabar dengan insiden yang menimpa Husam.
“Namun yang lebih penting kita menunaikan solat sunat hajat agar Allah permudahkan urusan kita dan memberi keselamatan pada Datuk Husam dan keluarga agar sentiasa selamat,”ujarnya. (Hrkh)
Lihat sebelum ini, ada kaitan..
- Detik Penahanan Datuk Husam, Menurut Isterinya..
- Datuk Husam Direman 2 Hari, Polis Halang MB & Exco...
- Luar Biasa Kerana Keluarga Tidak Dibenarkan Menemu...
- Datuk Husam Di Mahkamah Majistret Kota Bharu Pagi ...
- Kes Husam: PDRM Bacul! KPN Perlu Beri Penjelasan.. ...
- Lihat Sendiri Ucapan Datuk Husam Penyebab Diseret ...
- Harapan TG N/Aziz Pada Datuk Husam..
- Bebaskan Segera Datuk Husam, Walau Jadi Imam Solat...
- Kini Dato Husam Ke IPD K/Bharu.. Dg 4 Kereta, 10+ ...
- Husam Musa Ditahan Di Balai Polis Ampang Sebentar ...
- Peserta 'Black 505' Esok Akan Syahid Jika.... Fatw..
1 comment:
semua peminpin pakatan patut mengeluarkan sebutan yang husam muasa sebut tu.yang mati dalam perhimpunan akan mati syahid
Post a Comment